BEN ASHAARI

Saturday, February 11, 2012

MARI SARAPAN BERSAMA MAT GEBU..

rsz_dsc_6733(1)
Selamat pagi dan assalammualaikum, terlebih dahulu, minta maaf, sebab semalam blog DTS tak berupdate. Sebenarnya pagi tu mat nak up entri sarapan, tapi keadaan tak mengizinkan. Dan petang tu pulak, kaki mat terkehel...aduhh, sakit gilerrr, terus pi klinik (kalau tak sakit iye2, si mat gebu tu, memang takmo pi klinik punya.....huhu). Malam tu pi pulak berurut dirumah mak sedara mat. Ya Allah punya lah sakit masa kena urut tu, kaki kita pulak kan saiz tiang jambatan. Bila kata sakittt, lagi dia urut..hadoi, macam nak terkucil pun ada. Mat bukan apa, masalahnya nak bergerak susah, jadi kena pakai tongkat. Hari ni ok sikit dah tu pun masih berbalut ni kaki. Hmm, takpelah kan, sekali2 Allah bagi sakit. Jadi entri semalam tu mat tunda ke hari ni, tapi resipi pun biasa2 saja, mudah dan ringkas. Terima kasih pada semua yang sudi singgah DTS semalam, walaupun mat tak update dengan entri baru..huhu..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping roti
2 keping daging burger ayam "Ramly"
Hirisan tomato secukupnya
Hirisan timun secukupnya
Hirisan jeruk gherkin secukupnya
Daun salad secukupnya
Sedikit hirisan bawang besar
Sos thousand island secukupnya atau sos kegemaran anda.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging burger dimasak seperti biasa hingga masak, mat masak dalam non-stick pan yang di oles sedikit minyak zaitun. Angkat dan ketepikan. Roti dipanggang sekejap dalam kuali yang sama hingga keperangan, angkat dan ketepikan.
  2. Ambil sekeping roti, susun daun salad, kemudian tomato (kurang lebih 4 hirisan), bawang hiris, timun dan gherkins. Letak daging atasnya dan paipkan sos pilihan anda. Ambil sekeping lago roti dan tutup. Hidangkan atau boleh dikerat dia seperti dalam gambar.

10 comments:

Ezad Skytech said...

simple tapi nampak menyelerakan betul menu ni..:D

zaMir said...

Ok...nmpak menyelerakan..pagi nih saya sarapan cucur jagung je...

L said...

waaa, dah la L xmkn lagi pagi ni, mmbuatkan perut memberontak tengok... huhu

jom jenguk2 sebentar..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/mudahnya-kau-tingalkan-solat.html

kakchik@ella said...

Alahaiiii .. dah baik dah kaki cik mat. Kakchik nak buat resepi ni la cik mat. Mudah dan murah dan cepat. Hihi.

Ibu Darwisy said...

morning CM, get well soon..jgn lupe makan ubat yer..
CM, jeruk gherkin tu rupe camano? hehe

susumanis said...

kesian CMG..tuam la tempat yang terkehel tu kasi urat tu betol semula..insyaAllah

Muzel Zay said...

Salam CMG, simple bfas tuh tp kompem sdap! Sy ni dh lame jd silent reader..hihi..lame2 tringin nk komen. Drpd blog CMG ni la sy dh knal ngan kak ummi and kak min ( salam2benua).. Hehehe..

Rozuan Ismail said...

simple je tapi berkhasiat.huhu

H.J said...

kat sini kena cari non stick pan dlu ni..heee

cik chinta said...

bole wat bekpas suk lusa

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.