ASAM PEDAS DAGING DENGAN KENTANG..

rsz_dsc_6753
Salam petang semua..dah makan tengah hari?.. Mat tak masak hari ni, cuma masak nasi je. Makan lauk semalam, dan entri ni pun patut semalam mat letak, tapi anda tau kan mat tak berapa ok, jadi dari bosan tahap membunuh dengan tak boleh nak buat apa2 kerja, baik mat upkan entri asam pedas daging ni kat blog. Serius lah bosan, nak bergerak lebih kaki sakit..grrrr, tak sabar gak kadang kala, thanks to Chef Hanieliza for calling and to my dear MamaFami juga sebab call balik tadi. Lega sikit ada teman2 berbual..hmmm.. Berbalik pada cerita asam pedas daging ni, mat nampak Kak Jee buat tempoh hari kat blog beliau di sini, amboihh kan main lagi menggoda nya masakkan dia. Sampai mat sendiri teruja nak buat juga. Ok lihat resipi pulak.. Tapi sebelum itu, anda suka mengambil gambar?..dan ingin menang hadiah hebat, masih ada masa lagi, boleh klik sini untuk lebih lanjut.... ^__*

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang (atau daging tetel)
3 biji kentang saiz sederhana
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
2 batang serai, dititik
1 cawan jus asam jawa
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 1/2 senduk cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halias
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dading dihiris nipis, cuci dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap satu dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus, serai titik hingga wangi. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Masukkan daging dan kacau rata. Biar daging kecut sedikit. Masukkan kentang (toskan) dan gaul rata.
  3. Tuang air secukupnya dan tambah daun kesom, kacau dan masak hingga kentang dan daging lembut. Masukkan jus asam jawa dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan biar mendidih.
  4. Tambah bunga kantan, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula bagi mengimbang rasa pedas dan masak. Biar masak sekejap lagi, rasa dah jika ok boleh matikan api.

Post a Comment

13 Comments

  1. Assalamualaikum CMG, Kak Ani harap kaki nya capat sembuh.. terliur tgk asam pedas tu tapi buat sementara ni Kak Ani tgh berpantang makan kerana baru je menjalani pembedahan.. pa pa pun terima kasih atas resepi nya..take care CMG..;)

    ReplyDelete
  2. perhhhh...tangkap leleh tengok asam pedas tu....

    ReplyDelete
  3. meleleh terbayang lauk ni dengan nasi panas

    ReplyDelete
  4. ni mkn dgn nasi panas, mampu daku habis kan satu periuk sorg2

    ReplyDelete
  5. Warrghhh....sedapppp!!! letak dlam wishlist nih!!

    ReplyDelete
  6. first time dengar asam pedas daging...huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. wow. sedap semacam je ni. nak try nanti (:

    ReplyDelete
  8. cik mat, get well soon ya;-) sedap betul tgk daging tu..mmg favourite asam pedas dgg;-)

    ReplyDelete
  9. rupanya dh ramai yang buat daging asam pedas...

    wahhhhhhhhhhhhhhhhh.. nak try jugaklah
    thanks cmg

    ReplyDelete
  10. sedapnya asam pedas daging..
    kakliza tidak berpeluang nak amsak asam pedas [asam tumis] selalu sebab asben tak makan...
    kkliza masak bila ada ramai tetamu atau anak balik jer.....
    kalau dekat harus minta tapau sebab dengarnya CMG dah tak lalu makan asam pedas....

    ReplyDelete
  11. nyum3...mau merayoan sy tgk asam pedas cik mat ni. dgn bunga kantan nyer pulak tu..huhu.terliur okey..siyes terliur

    ReplyDelete
  12. Salam CMG - dah try dah resipi nih..sgt sedap...buat lebih makan ngan roti canai lagi laa sedap...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.