BEN ASHAARI

Sunday, February 5, 2012

KERNA GODAAN..AKU BUAT NASI LEMAK.

rsz_dsc_6294
Assalammualaikum, salam maulidur rasul buat semua umat Islam. Dah siap masak tengah hari?. Mat hari ni tak masak tengah hari, sebab pagi tadi dah masak nasi lemak, jadi ok lah, lega sikit pala otak. Mat sebenarnya tak terniat nak masak nasi lemak. Semalam sorang geng masak2 tegur mat di Twitter, lepas tu mat tanya lah masak apa ni hari, dia jawab kata masak nasi lemak sambal sotong tin...waaa, tiba2 angin mengidam datang, haha, macam pembawak budak sudah, erkk, ke pembawak tekak. Tak kesahlah kan. Mat guna beras basmathi. Satu sebab mat suka guna beras basmathi, selain rupa nasi tu hansem, nak menyukatnya pun senang, ratio untuk beras dan air selalunya mat guna 1 beras dan 1.5 santan ( 1 : 1.5 ), beras tu rendam dulu dalam 30 minit...

rsz_dsc_6305
Kebiasaan nasi lemak dengan hidangan lengkap harus ada sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang, hirisan timun sebagai ulam dan telur, samada telur rebus atau telur dadar. Tapi kita lihat sekarang, nasi lemak tak macam dulu, dah meriah dengan ayam goreng berempah, rendang dan macam2 lagi..sampai tatau tu nasi lemak atau nasi kaya lauk. Apa2 pun terpulang pada citarasa masing2. Satu lagi pada mat, nasi lemak yang sedap mesti menggunakan santan segar, kalau santan kotak pun ok tapi rasa dia memang ada lain sikit. Tapi paling utama, daun pandan, kalau takde daun pandan, hilang dah identiti nasi lemak. Jom semak resipi pulak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi (mat guna beras Moghul), cuci dan rendam 30 minit
6 cawan santan segar
1 helai daun pandan, disimpul
2 batang serai, dititik
1 1/2 inci halia, kerat 3 dan dititik
3 ulas bawang putih, dititik
1 biji bawang besar, belah 4
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Sambal tumis secukupnya
Ikan bilis yang digoreng garing
Hirisan timun
Telur rebus, atau telur dadar
Kacang tanah goreng
Ayam goreng/Ikan goreng (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras dan masukkan ke dalam rice cooker, tuang santan dan masukkan serai, daun pandan, bawang putih, bawang besar dan halia. Tambah garam (anggaran 1 camca teh), kacau hingga rata dan masak seperti biasa.
  2. Bila nasi betul2 masak, gemburkan guna chopstick, tapi pastikan jangan terlalu menggaul, nasi nasi patah2 dah tak lawa. Cukup sekadap 3 - 4 kali dikarehkan. Hidangkan bersama sambal tumis, telur, hirisan timun, ikan bilis goreng dan kacang tanah. Selamat menjamu selera....

11 comments:

mas saari said...

lamanya dah tak makan nasi lemak!

laskar pelangi said...

nasi lemak mmg sedap wuhhhh:)

Ribbon Clown said...

kahkahkah.. terasa gua hehe cepat je dia buat nasik lemak :P mana sotong tin nye cik mat..

Mat Gebu said...

@ mas saari - huhu, sama gak, ni sebab tergoda, terus buat, dah mcm ngantuk jee.

@ laskar pelangi - sedapp dan bab kolestrol seakan2 macam sedap juga..

@ ribbon clown - haha, tu lah goda2 lagi, tapi CM tak boleh makan sotong, nanti kegatalan...huhu..

Lelord said...

aduhhh terliur tengok, ni kalau balik mesia leh singgah umah CMG ni

zaMir said...

Dalam minggu nih saya byk makan nasik lemak jeee.....

tapiii kannn....kat gambar tu, daun pandan dia nmpak comel laaa..hahah

eeiyss said...

sok pagi is nak buat nasi lemak

Kalamhati said...

pergghh meletopss..hehe

Citarasa Rinduan said...

ingat lagi, k.nor secubit rasa dok bagi tips ttg beras agar jadi cantik dan cun bentuknya..
sama lah mcm CMG gak....

korang mmg best, baik hati

Rozuan Ismail said...

kalau ada ayam goreng berempah memang menambah selera.huhu

Puan Fifiey said...

CMG ni.. bab memasak memang setanding chef la.. terbaikkk.. tgk gambar pun dah kenyang..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.