MI BANDUNG ALA KAK LIZA.....

rsz_dsc_2649
Assalammualaikum, salam Khamis 5 Januari 2012 Masehi bersamaan 10 Safar 1433 Hijrah. Wahh kenapa pulak si mat sekarang letak sekali bulan Hijrah?...Sebab mat rasa dah sampai masa kita gunapakai pulak kalender Hijrah...yelah mat sendiri pun agak kurang hafal dengan bulan2 Islam ni, jadi apa salah tulis dan secara tak langsung boleh juga share dengan merek2 yang yang perlu. Pagi ni mat masak mi bandung, yang sah tak de di Bandung. Kali ni mat buat mi bandung versi Chef Hanilieza atau lebih mesra dengan panggilan Kak Liza di kalangan kami blogger2. Tahniah pada Kak Liza, dia akan ke German tak lama lagi, pasal apa tu, nanti bila sampai masa kita story okeh....pstt kak Liza, jangan lupa mat gebu, nak ikutt jugaakkk!!...haha, pengsan >__<

rsz_dsc_2706
Mat buat dalam 400 gram mi kuning, sebab memang berbaki banyak tu. Mi yang mat guna ni telah didingin bekukan dalam freezer, jadi bila nak guna, masukkan dalam mikrowave kasi dia lembut, lepas tu celur sekejap dan toskan. Sebelum tu mat ada menderhaka sikit resipi kak liza ni, sebab guna bahan2 apa yang ada kat rumah. Bila kita kekurangan bahan2 seperti dalam resipi, ia bukan alasan untuk menidakkan keinginan membuat, jika rasa barang yang boleh kita ganti itu releven atau masuk akal, kenapa tidak gunakan...kannnn...ok jomm semak resipi..Apa2 pun terima kasih dear Kak Liza...mat gebu doakan akak lebih berjaya di masa2 mendatang..Insya Allah....

BAHAN-BAHAN KUAH :-)
300 gram isi ayam, didadu
200 gram isi udang
100 gram sotong
1200 ml stok ayam
100 gram kobis bulat, hiris
100 gram sawi (tak letak)
10 tangkai sweet pie, kerat dua setiap satu
5 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
2 camca besar cili kisar
2 biji telur
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar saiz sederhana
3 biji bawang merah
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

BAHAN LAIN :-)
Mi kuning secukupnya, cuci dan celur sekejap
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
2 biji limau kasturi, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos cili, sos tomato dan sos tiram, masak sekejap. Tambah stok air rebusan ayam, kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan ayam, udang dan sotong. Kacau dan perlahankan api pada tahap minima. Pecahkan telur satu persatu dalam kuah, pastikan ia tidak bertindih antara satu sama lain. Masak hingga telur mengeras. Kacau perlahan.
  3. Tambah sweet peas dan hirisan kobis, masak hingga lembut. Tambah mi dan masukkan sawi (jika guna), kacau perlahan, dan masak sekejap. Rasa dan jika perlu tambah garam secukup rasa. Boleh matikan api dan hidangkan. Telur tu kalau nak bess biar kuning dia 1/2 masak....hmmm.

Post a Comment

6 Comments

  1. Ya Allah..... CMG... serius saya kene gi Bangi petang ni carik mee bandung

    ReplyDelete
  2. Weeeh, apasaii nama ko pulak naik nak pi German, ko mana leh tinggal mak yah dng bak..kena jaga diaorg... Akak jadi pengiring k.Liza tu nnt...hahahhahaha.. (*Panas tinger x Mat baca nih....wahahaa)

    ReplyDelete
  3. huwaa...cmg telah buat saya terliur..nak juga!!!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.