BEN ASHAARI

Friday, January 6, 2012

LEMPENG PISANG BERKHASIAT.

rsz_dsc_2783
Morning semua..Assalammualaikum, pagi Jumaat semua, dah sarapan?..Mat plan nak sarapan biskut dengan kopi, tapi ternampak pulak ada pisang ada yang masak. Tingggg!!!!..terus nak makan lempeng pisang or bahasa hotel 5 bintang "banana pancake". Terfikir gak, hari ni nak derhaka resipi pancake ni, jadi korek segala maknikam dalam peti sejuk, dan ada nestum, horlick, susu terpung, dan kelapa..haaa kelapa parut muda dalam freezer mat t mat lembutkan dalam mikrowave. Pisang tu dalam 350 gram...erkk berapa biji eks, sebab mat guna pisang emas, mungkin dalam 7 - 8 biji saiz kecik. Pisang ni dah sedia kala manis jadi tak payah letak gula lagi.

rsz_dsc_2818
Resipi ini akan menghasilkan 5-6 keping lempeng comey lagi tembam bersaiz 4 inci, sebab guna non-stick pan saiz kecik, kalau nak guna yang biasa pun ok, nak makan boleh kasi potong. Kalau suka boleh juga makan dengan buah2 segar macam kat atas tu, mula2 mat drizzle dengan madu, tapi madu habis...dah leer ropa tak lawa..huhu, macam sememeh jeee. Tapi mat lempeng ni agak lembut masa baru2 dimasak, lepas tu dia jadi ok, rasa lemak2 dan tak manis, just nice. Kira ok lah untuk buat sarapan. Pisang ni kan salah satu sumber tenaga cepat...erkk betul kan, sapa2 yang Doktor tu kalau mat silap sila betulkan yeaa...Terima kasih.. Dan blog pilihan DTS hari ini ---> di sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 gram pisang emas
1 camca besar horlick
1 camca besar susu tepung
4 camca besar nestum
1 camca teh penuh baking powder
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
Secubit garam
Buah2 segar untuk hiasan (optional)
Madu (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan pisang, baking powder, horlick, susu dan garam. Lecek pisang tadi hingga halus. Tambah nestum dan tepung gandum. Gaul rata.
  2. Masukkan air dan kacau hingga sebati. Jangan risau jika adunan nampak cair, nanti bila nestum kembang, ia akan jadi pekat sedikit.
  3. Lenser sedikit minyak dalam non-stick pan saiz 4 inci (atau pilihan anda), bila panas, sendukkan bancuhan lempeng pisang tadi, ratakan dan masak dengan api kecil. Tutup permukaannya untuk mempercepatkan proses memasak.
  4. Kemudian berhati2 terbalikkan dan masak hingga kuning keemasan, kalau suka sedikit garingm boleh masa lama sedikit. Angkat dan sejukkan sebentar. Buat kaedah sama untuk baki adunan.
  5. Hidangkan bersama buah2an segar dan madu (jika suka). Sedap dimakan begitu sahaja. Sesuai untuk sarapan dan minum petang....

15 comments:

Sis-Lin said...

Mantopnya lempeng [pisang ko...apsal kalau aku bt meleperrr je ek? huhuhuhu
aku rasa nak kena bt dlm pan kot..klu dlm kuali musti melekat x jd..

tumpang makan bolehhhhhh? :p

Mat Gebu said...

@ sis lnn - guna non-stick pan saiz kecik (4 inci), kalau guna saiz 6 inci pun ok linn...

mas saari said...

sedapnya! kena buat esok pagi ni... petang ni cari pisang! heheheeee

susumanis said...

Ya Rabbi..sedapnyerrr

zaMir said...

huhuh...mak saya slalu letak dlam daun pisang..pastu bakar je...sedap jugak....ala2 bbq...hahaha...

nmpak mcam mahal je...siap ade blueberry lg....knape tak letak blackberry?? err...

kakchik@ella said...

Eh .. eh .. lain dari yang lain la resepi ni cik mat. boleh la KC cuba nanti.

CitarasaKu said...

Waaa i like it....nampak sangat sangat best lempeng nie. Jika kita yang buat nape tak secantik en.mat yang buat la. Jikalau en.mat masuk Master chef kan bagus....

Lily Jaafar said...

comey lagi tembam! Yes! balik keje terossssssss..nak try.Hiks..tiru eh resepi. Tengssssss :)

JIJI YU said...

rasa cam nak bela lempeng ni dalam perut

▪imie fatima▪ said...

serius ni lempeng bam bam.. rasa nak buat jugak esok pagi =)

Chah said...

Wakakaka, cik mat, mula2 saya baca tajuk 'lempeng pisang berkarat', bior benor cik mat ni...rupanya mata ai yg berpinar sebab baru balik dari sekolah anak terus terkam DTS, erk bukan terkam tuannya ye...hihi... Dan sememangnya lempeng mu itu sungguh gorjes ai tell yu!

atyra said...

duk negara orang ni tak jumpa la horlick ngan nestum..

ape ye yg boleh gantikan dua tu???

fizza said...

Adus... Che Mat buat saya terliur lagi, cam rasa nak buat jer

fizza said...

Che Mat...
Tenkiu sbb memilih blog sy. Rasa sangat teruja bila otai bloger datang berkunjung ke blog kita...

wanG said...

CMG ni kretif la...tak terfikir pun nak buat camtu...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.