BEN ASHAARI

Thursday, January 12, 2012

KUEH KETAYAP BERINTI PEDAS.

rsz_dsc_3591
Assalammualaikum selamat petang. Sebenarnya ini entri sarapan pagi tadi, cuma tak sempat nak letak pagi tadi. Letak petang sesuai gak kan. Lagi pun bonda berpuasa, jadi mat buat bagi mereka yang tidak berpuasa saja, termasuk mat gebu..erkk..hehe. Teringin nak makan kueh gulung, tapi nak buat inti kelapa, macam tak berapa nak rajin atau dalam erti kata lain---> malas.. Jadi sebagai alternatif mat buat inti pedas, guna daging ayam cincang, senang sikit, kalau nak guna daging lembu pun boleh, janji pedas. Pedas tu mat tambah hirisan cili padi dan juga sedikit lada hitam, hambikk.,...bukan berapi saja, siap keluar segala wap dalam body, dengan angin sekali ikut keluar...ngeri tak?.

rsz_dsc_3616
Mat buat dalam 1 cawan tepung dan kira ngam2 saja lah dengan inti yang mat buat ni, untuk lempeng dia mat guna non-stick pan saiz 8 inci. Dapat kurang lebih 12 biji saiz comey2. Berapa banyak anda dapat tu bergantung pada saiz pan yang anda guna, kalau guna saiz besar punya, maka dapat lah sikit. Sedap dimakan begitu sahaja atau cicah dengan sos kegemaran anda. Satu lagi, bila mat sebut pedas tu, anda kalau nak buat pandai2 lah agak2, jangan lurus bendol sangat, jika yang nak makan tu anak2 atau anda tak kuat pedas, omit lah cili padi, tak yah letak, memasak ni kena ikut selera kita, jangan ikut selera orang lain, cuma satu saja, jangan lah terover doing it, nanti kang rasa dia terlebih kreatif, sampai segan nak makan.. Ok kita semak resipi mudah yang sesuai untuk sarapan dan minum petang...Blog pilihan DTS kali ini ---> di sini..Terima kasih..

BAHAN KUEH KEYATAP :-)
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan + 3 camca besar air
Beberapa titik pewarna makanan kuning
Garam secukup rasa
3 camca mentega cair (atau minyak masak)

BAHAN INTI PEDAS :-)
1/3 cawan daging ayam, cincang halus*
1 cm halia, tumbuk lumat*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*(*disatukan dan perap)
1 biji bawang besar, dadu halus
3 biji cili padi, cincang halus
1 pokok daun bawang, hiris halus
1/3 cawan mix vege (lobak merah, jagung, kacang pis)
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI PEDAS :- Panaskan sedikit minyak (mat guna minyak zaitun), tumis bawang besar hingga harum, masukkan cili padi dan rempah kari, kacau rata dan tuang air, masak sekejap dan masukkan daging ayam. Kacau rata. Tambah mix vege, lada hitam dan gaul rata. Masak hingga kering, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula dan hirisan daun bawang. Kacau rata, matikan api dan biar sejuk.
  2. UNTUK KUEH KETAYAP :- Bancuh semua bahan2 untuk buat kueh ketayap, kacau rata dan tapis. Rehatkan sekejap. Lenser sedikit minyak dalam non-stick pan, kemudian sendukkan bancuhan kueh ketayap dalamnya dan ratakan (anggaran 1/4 cawan adunan untuk sekeping ketayap, bergantung pada saiz pan yang anda guna). Masak dengan api kecil hingga permukaan ketayap kelihatan pucat. Angkat, tak perlu diterbalikkan, masak pada satu bahagian sahaja. Buat kaedah sama untuk baki adunan hingga siap.
  3. UNTUK KUEH KETAYAP INTI PEDAS :- Ambil sekeping ketayap tadi, letak atas pinggan, isi kan dengan 1 camca besar inti pedas. Gulung kemas seperti kueh gulung biasa. Pastikan kemas supaya inti tidak terkeluar. Buat hingga siap dan hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda, untuk sarapan atau minum petang. Selamat mencuba.

13 comments:

Zurina Hj.Zainal said...

x pernah try ketayap pedas....mcm sedap jer...hai, napela saya ni tak reti masak...hehehe..

~ Secantik hati ~ said...

meleleh-leleh doh air lur nie hah,...hihihi

minsal said...

Assalamualaikum.

Cayalah Che Mat ni pandai masak
dan KREATIF!

Keep it up.

Kak Rose said...

Mat, macam dadar samarinda je kan.... lama dah x buat!

Kalamhati said...

kreatif!!mesti sodap nii

faa.rosli said...

faa penah buat time blajar kat teknik puteri dulu..nama dia KUIH DADAR SAVOURI.camni laa lebih kurang. sedapp!

Rozuan Ismail said...

owh,kreatif. biasa wan makan kuih ketayap ni dalam dia inti manis =D

susumanis said...

sodapppnya :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahhh mesti mengancam rasa dia..

kak ina kl said...

nanti nak cubalah resepi cam ni

mohdhazlan Dreadlock said...

huhu ..nak ...

Eryati said...

wah nak cuba resepi ni

Cik FaRiZaM said...

nampak menyelerakan...sy pernah buat popia dgn member..makan panas panas , sedap gile !!! tak terkata

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.