BEN ASHAARI

Sunday, January 8, 2012

DAGING HALIA BERKUAH SOS TIRAM

rsz_dsc_3078
Malam semua, entri terakhir mat malam ni, satu masakan ulang tayang terunggul sejak dari tahun lepas..hahaha, kesah?...tak kan. Yelah nak buat kek pun tak senang, bz lah ni hari, tatau pesal, insya Allah esok kalau rajin mat buat. Malam ni nak share resipi yang mat rasa budak2 suka makan. Ini antara resipi yang mudah dan cepat. Tapi kalau anda guna daging biasa, kena lah rebus lama sikit. Mat guna daging batang pinang atau omputeh panggil "tenderloin". Mat buat dalam 400 gram saja. Penggunaan halia agak lebih sedikit, tapi mat guna halia muda, jadi kurang pedas. Halia ni pun elok untuk membuang angin dalam badan, kena pulak dengan bawang puith, sahh kejap2 menembak tak hengat punya. Kalau anda nak letak kentang pun boleh, tapi mat tak letak apa2, cuma daging saja. Kalau ada leek pun ojk juga letak. Benda2 macam tu selain menaikkan aroma, ia juga ada khasiat tertentu yang elok untuk badan...Resipi seperti di bawah...sebelum tu nak ucap terima kasih pada Kak Yatie yang sudi membuat entri di sini...huhu terima kasih kak dan juga pada blogger ini..terima kasih Rozuan Ismail....

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram daging batang pinang, hiris nipis, lebar2
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 inci halia muda, hiris halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos tiram
Kicap cair secukupnya
1/2 camca teh serbuk lada hitam "aji-shio"
Air secukupnya
Beberapa titik minyak bijan
Secubit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging tadi digaul bersama bahan tumbuk dan perap 1 jam. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia hiris hingga harum, masukkan daging dan sos tiram, gaul rata dan goreng hingga daging kecut.
  2. Tuang air secukupnya (anggaran 700ml). Kacau dan biar mendudih, bila daging lembut, masukkan bawang besar,garam, serbuk lada hitam dan sedikit gula. Kacau rata dan tambah minyak bijan, masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah sebelum dihidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain...

10 comments:

fRaMe+LenSeS said...

nak cket PCM.. :D

Rozuan Ismail said...

wan pon ada buat entri untuk PCM.huhu.jemput baca.

Juliet_iRa~" said...

sedapnyaaa..hee..:)...suka dtg sini...heeee...

suka msk disebabkan blog mat gebu ni..huuu..nt boleh lah tgk entry2 terdahulu..ada buat cupcake, puding, cheese tart..wpon ada y amik kat sini, n ada amik tmpt lain tp mmg suka dtg tgk makanan kat blog mat gebu ni..:)

nuerule areyin said...

mst try :)

Misz MariA said...

wOw..sedapnye hirup kuah tu..boleh buang angin badan tuut..hehehe

Sis-Lin said...

Yuhuuu tuan tanah ada ke nie? maaf ye nak skodeng respi, hrni nak masak daging, so ingat nak cuba masak respi ko nie..hehehehheeh

Nk cuba cmne rasa sos tiram dalam kuah daging..nampak sedappp....

Yatie said...

tq Che Mat, resepi mcm ni yg akak suka...ringkas dan semestinya sedap..ari2 cari resepi kat sini...bnyk membantu akak yg kering idea nak masak apa..he3..

Arezee said...

Salam Mat... sya suka sgt baca blog mat nie... thanks for sharing... kekadang x tau nk msk aper utk family... masakan mat mmg terbaik...<3

susumanis said...

cdapnyerr.. sukee sgt..sapa x pandai masak hari hari dtg blog CMG, lps 6 bln kalah master chef Ezani yg sweet tuh :)

sarah said...

sedap tengok gambar daging tu..nyum nyum nyum...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.