BEN ASHAARI

Wednesday, December 7, 2011

UDANG GORENG KUNYIT....PALING SENANG.

rsz_dsc_9020
Malam semua, wahh udang lagi, dah kata, mat kan malas ni hari eh malas pulak, tak berapa nak rajin, tapi ini budak pesal rajin sangat kann...grrrr.. Jadi kalau tak berapa nak rajin, masak ikut apa yang dapat. Mandangkan rumah ni ada yang makan tempoyak, ada yang tak. Jadi baki udang tu mat goreng kunyit saja lah, untuk anak2. Yang pedas kang tak tahan. Udang goreng kunyit ni paling senang nak buat, yelah tak payah susah, tapi ada juga yang tatau. Kebiasaannya udang goreng kunyit kulit dia kita tak buang, kepala dia pun sama, cuma bahagian depan kena kasi potong sikit. dekat bahagian2 tajam dia tu. Dulu kan, ayahanda kami suka menjala di satu kawasan sungai nama asahi (macam nama Jepun kan). Dan kalau udang2 ni semua puas dah..nasib baik memasing tak kena gaout. Udang harimau besar2, lepas tu ikan sembilang dan macam2 lagi lah, ada ketam, lokan dan mat pernah ikut 2 kali kalau tak silap, cuma satu tak tahan, banyak agas..tau agas tu apa?..Agas tu serangga kecil penghisap darah..gatal woo kalau kena....Ok cukup kesah sejarah, kita tulis resipi pulak....dan sebelum tu cuba klik sini...terima kasih.

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 - 20 ekor udang saiz sederhana, gunting hujung muncung dan kaki2nya, cuci dan toskan
3/4 camca teh serbuk kunyit
1 ulas bawang putih, tumbuk halus
Garam secukup rasa
Secubit gula (sikittt jeee)
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
1 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang digaul dengan semua bahan2 bertanda hingga rata. Tambah garam dan gula, gaul lagi hingga mesra. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Letak dalam bekas sesuai.
  2. Masukkan pula bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau. Goreng hingga layu, angkat dan toskan. Kemudian tabur atas udang tadi, hidangkan segera....hmmm..kolestrol pun semua naik lepas tu..erkk..hehe.

5 comments:

Choco Ani said...

Assalamulaikum CMG.. apa kbr? Wah Wah udang lagi nih.. kolestrol mmg lah tinggi kan tapi sekali sekala pa salahnye hmm yummy.. tq CMG

Mat Gebu said...

@ choco ani - salam, sehat seadanya, terima kasih, hmm masakkan saja, but not for me, tapi not for me pun hilang juga 2-3 ekor... ^__^

Sunah Sakura said...

ahahah! biarlah budak tu rajin!!!

aDisH.sHidA said...

suka udang goreng kunyit...simple tp sedaaaaaaaaaaaaaaaaap...

Nurul Akma binti Ayob & Shariff Norherrizan bin Sareh Nyan said...

simple tp itulah yg sedap mahu 2 3 pinggan..hehehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.