BEN ASHAARI

Wednesday, December 28, 2011

SELAMAT PAGI...JOM SARAPAN...

rsz_dsc_1210
Selamat pagi Rabu semua, hari ni 28 hb dah bersamaan 2 Safar 1433 Hijrah. Tiga hari saja lagi nak menjengah ke tahun baru, dan tak sampai 2 minggu lagi umur si mat gebu akan ditopup lagi..hmm maka bertambahlah usia. Bulan Januari akan memberi banyak makna pada mereka2 yang mat kenal, usia mereka turut akan bertambah termasuk abang mat yang no 2, Puan Azila, Encik Zali (suami Ayu Citarasa Rinduan), ady budika, Yatt (geng PML), anak buah mat, bonda dan mereka2 yang menyambutnya. Ok kita tinggal kan cerita tu. Pagi ni nak ajak sarapan tuna roll..wahh, bila pulak meroti?. Mat buat semalam, masa Kak Ina KL singgah kerumah, yang tu nanti mat cerita. Jadi ada baki tu boleh lah buat sarapan. Resipi macam biasa mat selalu buat dan roti ni lembut. Kalau anda nak buat cinnamon roll pun boleh guna resipi ni, cuma guna gula perang + serbuk kayu manis dan tabur kismis, sebelum tu sapu mentega cair rata2 pada permukaan doh sebelum ditabur bahan lain. Ok mat kopipes resipi dari entri terdahulu, sebab sama saja kaedahnya... :-)

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai) dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.

9 comments:

JIJI YU said...

kak ina kl tu mana satu ek

fiedazulkifli said...

wah... sedapnye... terus lapar perut pagi-pagi ni

Ibu Darwisy said...

morning CMG, wah pagi² udah tayang roti yer..menarik..
psssttt : bulan 1 pun besday suami kite...hehehehehe

zulfikar hazri said...

aku baru lepas sarapan meggi asam laksa, berlaukkan sosej bercheese dan telur..

Ummi said...

Maaaaaaaaaaaattt, bak seketuiii...mmg doh roti ni terbaiiikkk... ^__^

Kjee said...

Ini manyak sedap tau!!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

gebunyer...nak BM jugalah..teringin nak mkn roti gebu2 camni.nnt leh cuba resipe cik mat.

maszull said...

assalamualaikum abg Mat...wah sedapnya roti tu...:)

JAI said...

Wahhh..kakinakl sempat gi umah CMG? Untunglah..mesti banyak rahsia kakinakl korek nie..hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.