BEN ASHAARI

Thursday, December 8, 2011

PUFF SAMBAL TUMIS.

rsz_dsc_9057
Morning semua, salam Khamis, dah sarapan? Kalau belum jom kita sarapan sambil minun ini..hmmm... Ni hari pagi2 lagi dah mengepuff, semua gara itu Mek Senah (Sunah), goda2 CM dengan puff yang dia buat semalam, sampai termimpi okeh. Takpe, puff ni nak buat senang, sekejap je, yelah puff tu pun ready made, inti pula ikut apa yang anda suka. Macam mat semalam ada buat sambal tumis udang (campur petai lagi...jangan memain). Sambal tumis tu masih berbaki dan apa lagi, belasah je lah sebagai inti puff, senang kan. Kalau anda ada belen2 rendang pun boleh jadikan inti puff, takde masalah. Mat buat dalam 6 ketul macam tu, sebab sambal tumis cukup2 untuk 6..dan dengan tahap kelaparan tak hengat, selamat 3 ketul masuk ke dalam kantung mat gebu..perghh tak hengat....takpe kita minum green tea lepas tu yea....Sebelum tengok resipi, mat kita lihat entri ini...terasa tak?...hmmm

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 keping pastry puff jenama KAWAN saiz 4 inci x 4 inci
Sambal tumis secukupnya
Telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 190C. Ambik sekeping puff pastry, kerat 2. Satu bahagian dikelar2 dan satu lagi diletakkan sambal tumis (anggaran 1/2 camca besar), pastikan bahagian2 tepinya tidak terkena minyak sambal tumis. Ambil bahagian berkelar dan letak atasnya, kemaskan dan tekan tepi2 pastry dengan garfu. Susun dalam dulang pembakar. Buat kaedah sama untuk baki bahan2.
  2. Sapu kuning telur dan bakar 25 minit dan jika oven anda ada kipas, boleh ON kan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk sarapan atau minum petang...Selamat mencuba.

9 comments:

Iffah Afeefah said...

sedap gak

ingt nk wat tarlet peach tp mls lak haha

Mat Gebu said...

@ Iffah - takpe nanti akak sunah kita (erkk..kita??)boleh buat kan, dia tgh rajin tu.

aDisH.sHidA said...

suka puff tp kat tesco sini xde uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

bvlgarigirl @ Arianna said...

Nampak sedap ni. Good idea. Saya pernah try buat macam ni tapi versi apple :)

Ibu Darwisy said...

puff ade tapi bile la nak buat nih...

Ummiakid @ lily said...

susahnya nak cari Puff KAWAN ni CM...jenuh cari...pos 2 bungkus kat kuantan...buleh..??

Zana~Sweet Rose said...

salam cikmat..nampak sedap, puff pastry dah ade...tp bilalah nak rajin ni... :p

mama afif atif said...

ho...sdpnye!

~Ku Mahu Itu ~ said...

Kat mana ade jual puff kawan tu. . Nak g beli he he he

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.