BEN ASHAARI

Thursday, December 29, 2011

ENTRI TERLEPAS PANDANG.....HMMM.

rsz_dsc_1133
Macam mana boleh tercicir satu entri nih, hmmm...Yelah walaupun resipi2 biasa, jenis cincai, tapi ia tetap masakan yang harus mat letak dalam blog. Blog kita bukan saja untuk berkongsi dengan orang ramai, tapi berfungsi juga sebagai perpustakaan mat gebu sendiri dalam menyimpan koleksi2 yang dia pernah cuma dulu, tak kesah lah ulang tayang ke atau yang baru. Ini antara hidangan ringkas yang mat sajikan masa tetamu datang tempoh hari selain asam pedas ayam dan udang bersos plum. Yang atas tu kacang panjang mat goreng dengan kupang. Sekali imbas dah macam sambal goreng pun ada juga.

rsz_1dsc_1149
Yang ni pulak daging halia, biasa dah mat masak. Satu mat suka daging halia ni, selain mudah dan cepat, ianya ada unsur2 kesihatan, halia dan bawang putih kan elok untuk membuang angin dalam badan, jadi lepas makan ni, ada kemungkinan bom akan meletup. Mat masak dalam 500 gram daging, kalau dapat guna daging batang pinang dan hiris nipis2. Mat letak juga leek, sebagai pemanis selain ia juga memberi aroma harum dalam masakan berdaging, faham2 sajalah ada kala daging ni ada bau ke daging an tersendiri, tu pasal halia dan bawang putih kena kasi lebih sikit.. Resipi mudah ini seperti dibawah....

KACANG PANJANG RAMPAI BERKUPANG...

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 tangkai kacang panjang, cuci dan toskan, hiris serong
1 cawan isi kupang, gaul dengan sedikit kunyit dan garam
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dibelah 2 dan diketuk
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah hiris
1 kiub ikan bilis
1 camca besar sos tiram
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng kupang tadi sekejap, tolak ketepi kuali, masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah dan hijau, tumis hingga layu. Gaul bersama2 kupang tadi. Tambah sos tiram can juga stok ikan bilis, kacau rata dan masukkan sedikit air.
  2. Tambah kacang panjang, kacau dan biar kacang lembut tapi masih rangup. Tambah garam secukup rasa, gaul dan masukkan soo hoon, kacau dan masak sekejap hingga sayur sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..


DAGING HALIA....

BAHAN-BAHANNYA:-)
700 gram daging batang pinang, hiris nipis
2 1/2 inci halia muda, hiris nipis
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, hiris
2 batang leek, kerat dan rendam
1 camca besar sos tiram
Sedikit kicap cair
Garam dan gula secukup rasa
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit air jika perlu
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis halia dan bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram dan kicap cair, kacau dan tambah daging bersama leek, gaul rata dan masak hingga daging lembut.
  2. Masukkan serbuk lada hitam, bawang besar hiris dan sedikit air jika suka berkuah. Perlahankan api dan masak hingga daging betul2 empuk. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah sebelum dihidangkan.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.