BILA KAK INA KL DAN MAT GEBU BERTEMU.... - Dapur Tanpa Sempadan...

Wednesday, December 28, 2011

BILA KAK INA KL DAN MAT GEBU BERTEMU....

Assalammualaikum, selamat malam, entri sebelum masuk tidur, mat nak letak satu entri selingan. Beberapa hari sebelum tu Kak Ina ada inbox mat di FB, perihal dia nak turun ke JB dan sambil tu nak singgah ke Sedenak. Buat pengetahuan anda semua, mat kenal Kak Ina ni lama juga walaupun tak rapat, sejak di era MyResipi lagi. Kemudian kami sama2 kolek PML (Pinggan Mangkuk Lama). Jadi walaupun tak pernah jumpa, sekurang2nya kami punya minat yang sama sebelum kenal dunia blogger personal. Kak Ina sampai kurang lebih jam 2 + petang 27 hb tu hari. Memandangkan waktu dah agak terlewat waktu santap, maka sejurus Kak Ina sampai, mat ajak dia makan dulu, kemudian baru sesi borak bermula...

Kak Ina datang 5 beranak terdiri dari anak bujang dia Firdaus (manager merangkap Body Guard Kak Ina, jgn memain okeh), lepas tu dua anak dara dia, Yana dan Ira, serta Imran model blog Kak Ina KL - "Tertunai Hasrat Di Hati" di sini. Lepas tu bermulalah sesi berborak, bercerita pasal dunia blog dan cerita masak2..tak lupa cerita teko dan pinggan2 lama, sambil makan2, minum2, gelak2 sopan santun segala. Cukup masa Kak Ina pun minta diri, kebetulan masa tu bonda semua ke Johor Baharu, tapi sempat lah juga mereka bertemu sebentar. Pada Kak Ina KL, terima kasih atas masa akak singgah ke Sedenak dan juga buah tangan tu yea. Harap ada usia kita bertemu lagi....

MANIS SUNGGUH AIR TEBU,
BILA DIMINUM HILANG DAHAGA
TERIMA KASIH DARI MAT GEBU,
UNTUK KAK INA KL SEKELUARGA...

PANTAS BERKUDA ANAK BENDAHARA,
TAPI SAYANG ORANGNYA PELUPA,
AMPON MAAF TERKASAR BICARA,
DIPANJANGKAN USIA KITA BERJUMPA...

14 comments:

  1. selamat malam CMG
    dari semalam ayu nantikan entry kedatangan kak INA KL

    peehhhhhhhhhhh
    berposing depan keter antic tu buatkan kak ina sangat cantik

    alhamdullilah, murah rezeki CMG sklrg
    anak2 kak Ina pun cantik2 dan gagah...
    suka ayu layan pic 2 keping nie..

    ReplyDelete
  2. tu dia.. tokey2 resepi berjumpa.. :-)

    ReplyDelete
  3. Wahhhhh..cehhh..kalo hari sabtu plan pergi dari Muor leh gak join kak ina..adoiiyaii

    ReplyDelete
  4. Salam
    Seronoknya menjalin ukwah dgn Sdr Mat.
    Kita nak jumpa jugak.....entah bila...

    ReplyDelete
  5. Xpaaaa, thn depan kak Ummi Kuantan datang lak eh...jom sapa nak join...serbu Mat...hahahhaha

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah sampai juga ke Sedenak..Kak Ina ada gak bgtau aku dia nk ke JB tapi masa dia dtg tu aku bercuti ke Melaka, tak sempat nak jumpa...huhuhu

    Mat, aku nak dtg rumah ko laaa :)

    ReplyDelete
  7. mat gebu nih org johor rupanyer..
    alahai..senegeri ler kite..

    mesti best kan dapat jumpa kakina kl tuh..
    mesti kuar smua cite pinggan mangkuk

    ReplyDelete
  8. salam CMG..cikmin pun ada ke sedenak terus ke ayer baloi pontian hari ahad tu..jumpa blogger yani dari kithcen guardian..

    p/s terasa nak roger2 CMG..tapi segan lah pulak..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum cik mat...bestnya dpt pi rumah CMG ni kan...mama rasa dr Skudai ke Sedenak tu x jauh kan...hehehehe...

    ReplyDelete
  10. Salam CMG

    Waa Kak Ina

    saya penah jumpe dia 3x ;)

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.