BEN ASHAARI

Sunday, November 6, 2011

TEKAK MERAGAM LAGI......APA KAHH?...

rsz_dsc_5764
Salam aidil adha, apa khabar semua, sihat?..Mesti dah kenyang dengan pelbagai juadah. Raya Haji rasanya tidak kurang hebat. Cuma mungkin kueh mueh agak kurang. Mat pun cuma masak ala kadar sahaja. Entahlah, semalam tidur agak lewat dan pagi ni sakit kepala. Cuaca pulak tak menentu sejak2 ini, kejap panas, kejap hujan, tapi syukur alhamdulillah hari ini cuaca elok, redup dan berangin, walaupun agak mendung. Hari ni mat letak entri biasa....cuba klik sini, biasa tak?.. Kadang2 segan nak letak entri ulang tayang ni, tapi nak buat macam mana. Mat terfikir juga nak tapis komen2 pembaca, tapi blog masak2 ni boleh dikatakan takde lah yang komen2 keji, kalau ada pun 25 tahun sekali macam tu..lain lah dia ini...hmmm...kan...kan.... Eh, rasa nak kena tulis resipi tak?..macam ni lah, mat kopipes entri lepas jelah.....nak lena kejap, tak tahan...takut kang aku cuti selama2nya pulak....erkk...hehe...Selamat hari raya!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung kurang lebih 1.5 kg (atau ayam pencen)
6 biji kentang, kupas, potong 4 setiap satu dan rendam
1 pokok daun sup, kerat kasar
2 camca besar bawang goreng
1 kiub ayam (optional)
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
2 camca besar ketumbar biji
3/4 camca teh jintan kasar
3/4 camca teh jintan halus
3/4 camca besar lada hitam

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkeh
4 biji buah pelaga

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, Mi kuning, Mi hoon
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Tauhu goreng, hiris
Sambal kicap
Taughe, dicelur sekejap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dikerat pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul rata. Biar ayam kecut sedikit.
  2. Tuang air secukupnya, kacau rata. Masukkan daun sup, dan bawang goreng serta kiub ayam (jika guna), biar mendidih dan biar pada api sederhana. Bila ayam 3/4 empuk, masukkan kentang dan bila kentang empuk tambah garam secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Masukkan samada nasi impit, mi kuning atau mi hoon secukupnya dalam bekas sesuai, tuang kuah sup bersama isi2nya. Tabur taugeh, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng, tauhu dan hidangkan bersama sambal kicap. Selamat mencuba.

6 comments:

Iffah Afeefah said...

Erk mlot tu pcm
adehhhh

Ibu Darwisy said...

selamat hari ry aidiladha CMG, wah hari ni menu kite sama lar..SOTO..mmg mabeles

Amie said...

salam aidil adha mat...
nak datang rumah mat ni, nak makan juga semangkuk!

Citarasa Rinduan said...

cik mat... jari daku dah terkorban... adoiii

Zulfikar Hazri said...

pembawakan budak kot mat :P jkekekekeke

aimie amalina said...

samelah PCM, tonsil mimi bernanah, x dpt makan rendang
mak buat bubur nasi kosong dengan sup ayam kosong jugak, takot tonsil ni paneh.. huuuu

tapi yg PCM nye resipe ni wallah =]

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.