BEN ASHAARI

Monday, November 7, 2011

SEDAP...RINGKAS DAN BERKHASIAT....

rsz_dsc_5832
Salam semua, dah makan?....Mat kan hari ni masak yang simple, itu pun atas permintaan bonda. Kebetulan tempoh hari dia ada membeli ikan segar dari nelayan, tapi bukan lah ikan yang "megah", cuma ikan campur, ada ikan belanak, ikan gelama dan tak macam mana ada terselit sekor udang saiz sederhana. Mat ingat nak cuti masak ni hari, tapi bonda suruh singgang ikan tu, hm takpe lah sebab singgang buatnya mudah, tak sampia 20 minit, dan ikan tu pun dah siap bersiang. Masakan ringkas ni lagi sedap, setelah kita makan hidangan hari raya sebelumnya. Eh ada berita panas, terutana untuk cik2 dan puan2, boleh shopping okeh kalau dapat, lepas tu bukan sikit2...Hoo, tak caya, tengok kat sini... amacam betul tak?.. Ok blog pilihan DTS ---> di sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 - 12 ekor ikan belanak (mat ada letak 2 ekor ikan gelama dan seekor udang), siang dan cuci
2 biji cili hijau
1/2 cawan jus asam jawa
1 kiub ikan bilis (optional)
Air secukupnya
Garam dan secubit gula (atau serbuk perasa)
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1/2 camca teh serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, air secukupnya, jus asam jawa dan serbuk kuyit, kacau rata dan didihkan. Tambah kiub ikan bilis (jika guna). Masukkan cili hijau dan ikan tadi. Kacau perlahan.
  2. Kecilkan api biar mendidih perlahan. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas..

6 comments:

Iffah Afeefah said...

xsuke sgt ni

Mat Gebu said...

@ iffah - feberet pcm masa demam..

Munnafendy said...

my mom xpernah msk singgang ni, smpai ke bsr xpnh mkn.ape rasa ek?

aimie amalina said...

masak singgang walaupun simple mang sedap
heeeeeee =]

kakchik@ella said...

uiksss .. terliur ni cik mat.

LadyBird said...

nak trylah.. nmpk simple..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.