BEN ASHAARI

Monday, November 14, 2011

NASI LEMAK LANGGAR TRADISI...

rsz_dsc_6555
Selamat malam, sejak semalam mat menerima kehadiran tetamu, semalam keberangkatan tiba2 waris2 dari negeri sembilan, tapi mereka singgah sekejap. Hari ni ada juga tetamu, tak putus, tetamu datang membawa rezeki. Hari ini bonda berpuasa jadi mat masak petang, hidangkan nasi lemak saja, tapi bukan nasi lemak lengkap mengikut tradisi, tapi telah diubah suai sikit. Cara masak nasi tu sama, cuma hidangan sampingan tu ringkas, takde ikan bilis goreng, takde kacang tanah..tapi tetap menarik dan boleh dimakan...cuma yang tak reti makan nasi lemak tu, maaf lah, sebab ini bukan entri untuk anda....sori!..

rsz_dsc_6551
Seperti biasa, mat akan guna beras basmathi untuk memasak nasi lemak, selain mudah menyukat air : beras, kejadian nasi lemak pun agak menarik, panjang2 nasinya. Kalau nak bess lagi guna beras basmathi monghul tu. Satu saja pantang dia, jangan digembur kan terover sangat, ini akan menyebabkan nasi patah2. Dan selalunya mat rendam dalam 25 minit sebelum dimasak dalam rice cooker. Pada asasnya memasak nasi lemak, paling wajib mesti ada daun pandan dan halia sebagai pengimbang rasa. Tapi dengan menambah belahan bawang besar, bawang putih dan serai, ia akan membangkitkan lagi aroma (tang serai tu tak nak letak pun tak pe), kalau anda suka, boleh letak sedikit halba. Hidangkan dengan sambal tumis ikan bilis, sotong atau udang. Ok...mat tulis resipi dia walaupun dah kerap kali ianya muncul di DTS....

BAHAN NASI LEMAK :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit dan toskan
6 cawan santan
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, dititik
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis
Hirisan timun
Telur rebus, dibelah 2
Hirisan daun salad
Ikan goreng/ayam goreng
Tauhu, goreng dan hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan beras ke dalam rice cooker, tuang santan, masukkan serai, bawang besar, bawang putih dan tambah garam secukup rasa. Kacau rata dan tanak nasi hingga kering, biar hingga nasi betul2 masak Gemburkan dengan chop stick dan biar suam...
  2. Cedok nasi secukupnya dalam pinggan sesuai, letak sambal berserta bahan2 sampingan. Hidangkan sebagai sarapan atau makan petang bersama kopi atau teh O limau....Selamat mencuba.

21 comments:

JIJI YU said...

pergh nasi lemak basmathi..ahaha.bajet lebih ni

Baiz Mamat said...

laponye tgk ke nasi lemak ni..

aimie amalina said...

sejak dok sabah ni
aihhh
lame bebeno dh x mkn nasi lemak
sedaaaapnyeee tgk gambo ni

kkida @ 1001resepi said...

salam mat, nampak simple tapi mesti sedap tu...ada ikan goreng lagi...nak rasa cikit lah...:)

Iffah Afeefah said...

skng jual byk langgor tradisi

xde tlor la
xde tu xde ni

adekah still digelar nsi lemak pcm?

(Lizz) http://www.mummycute.com/ said...

nasi lemak memang sedap...terus jer raser lapo...nasi lemak makan ngan ikan goreng aper yang penting sambal tu kena sedap...ummp memang 2 3 pinggan boleh habis...

Kalamhati said...

yang dgn ikan mcm ni laaaaggii KH suka..hehe nikmat dunia ni..sedaaapp!

ibundo said...

salam mat. Nasi lomak, walau apa gaya pun memang sodapp..

Mat Gebu said...

@ jiji - erkk...budget tetap ada jiji..

@ baiz - lepas makan mulalah sangap2..nak tidur sudah.

@ aimie - waaa..sabah bahh...sana lagi bess kalau buat nasi lemak boleh buat sambal udang galah..

@ kak ida - erkk, akak kalau buat lagi meletop...

@ iffah - kann, ada tu lauk2 dia sampai tak nampak dah rupa nasi lemak..

@ lizz - betul2, apa yg utama sambal dia, kalau yg tu sedap...nasi lemak pasti meletop's.

@ KH - sungguh kan, pcm pun suka dengan ikan, lagi ikan tuna atau kembong.

@ ibundo - betul bagai di kata...

lemongrass said...

Mat Saleh kat rumah ni pun mintak nasi lemak for dinner malam tadi. Tapi dia mintak sambal, ikan bilis goreng and telur masin, hehehe.
And betul kata Cik Mat yg nasi masak nasi lemak kena ada base halia and pandan, dah cukup sedap kan :-).

faieza aaroonf said...

sodap ni nasi lomak,,,cuci mata pagi2 jenguk DTS sebelum masuk keje...:)

Mat Gebu said...

@ lemongrass - Kan LG...halia n pandan tu memang basic ukt nasi lemak...Wahh ada permintaan telur asin lagi..caya lah mat saleh u..

@ faieza - terima kasihh...saya pun cuci mata gak ni, di blog masak2 rakan blogger.

Ryo Azhar said...

CMG, dtg sini nak sarapan........kebetulan ada nasi lemak...ehem,tambah sekor lagi ikan + extra sambal plis.....

Fiza Ibrahim Apani said...

biasa dengar laksa ikan sekoq..tak sangka nasi lemak ikan sekoq pun ada..mintak sepinggan..

^_^

Amie said...

nasi lemak memang tetap nasi lemak mat... tang lauknya tu apa-apa bolehkan... yang penting mesti ada sambalnya... iye ke... he hehehh

Niena Pengembara Ilahi said...

beras basmathi mmg best... erm, bila demam nie hidang makanan paling sedap atas dunia depan mata ni pun xde nafsu nk makan

azila said...

salam..ptg ni jgk zla p cari nasi lemak..dan tambahan ikan goreng tu nampak sungguh menyelerakan...heheh

Suzie said...

x tau sejak bila nasi lemak dah jadi menu lunch saya kat rumah,anak2 suka sangat ...seka tengok nasi lemak tu ...ada ikan lagi

Yan said...

Salam, tumpang tanya. sukatan beras : snatan tu 2 C beras : 3 C santan ye? so, kalau 6C beras + 9C santan ok?

gula merah said...

salam cik mat, memang sedap mkn nasik lemak ngan ikan goreng, cer cik mat mkn ngan kari lak..perghh sedap cik mat...

syalinda johari said...

alahai lazatttnyaaa

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.