BEN ASHAARI

Wednesday, November 30, 2011

MIANG KELADI....MAKIN TUA MAKIN.............

rsz_dsc_8018
Pagi semua....salam dari mat gebu, untuk mereka2 yang menyambut hari lahir sama macam jiran mat tu, mat ucapkan selamat hari lahir juga, moga segala nya dipermudahkan Allah swt, dan diberkati olehnya. Jomm kita sarapan keladi goreng pagi ni...alaaa benda2 biasa saja kan..huhu, mat gebu kan orang kampung, jadi memang lah benda2 ke kampungan sahaja entri dia, takde yang vogue2 segala. Bila duduk dikampung, cara pemikiran agak berlainan sebenarnya, tapi cara kehidupan ada tu tak banyak beza.cuma apa yang selalu mat kata just be your self.....dan kalau berkawan pun jangan letak harapan yang tinggi, belajar menerima seadanya...

rsz_dsc_8034
Nampak keladi goreng tu duduk manja tepi sambal kicap?...Hmmm cer cicah sikit, lepas tu bukak mulut..masukkan keladi dan makan dengan sopan..nikmatinya sebaik mungkin, kunyah elok2 sampai lumat, jangan lebih kurang saja, nanti tercekik. Minum dengan air teh panas, kena pulak pagi tu kalau hujan.perghhh..meleleh okehhh. Mentang2 entri senang, cerita kan main berjela si mat gebu nih..tapi perlu ke resipi kalu keladi goreng?...Semua pandai buat dah...hmm, tak payah tulis resipi boleh?...erkk kena juga kee...oklahhh..jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ketul ubi keladi
2 cawan tepung beras (mat guna cap teratai)
1 biji telur
Garam secukup rasa
Air secukupnya anggaran 1 1/2 cawan

BAHAN SAMBAL KICAP :-)
20-25 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
2 camca besar penuh gula
1/3 cawan kicap lemak (mat guna jenama Jalen)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Keladi dikupas hiris sederhana tebal, cuci dan toskan. Sementara itu, bancuh tepung beras bersama telur dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair (bila celop dengan sudu, ia melekat). Letak garam secukup rasa, kacau dan biar kan sekejap.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celup kepingan keladi tadi dalam bancuhan tepung, dan goreng dalam minyak panas, guna api sederhana. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Buat hingga siap. Hidangkan bersama sambal kicap.
  3. UNTUK SAMBAL KICAP :- Tumbuk cili padi hingga lumat. Tambah bawang putih dan tumbuk lagi hingga bawang putih hancur. Tambah gula dan tumbuk hingga gula bersatu dengan bahan lain. Tuang kicap, gaul rata dan boleh hidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Keladi tu lepas hiris baru dicuci kerana, kalau lepas anda kupas kulit dia dan cuci, ia akan menjadi licin dan boleh menyebabkan kesukaran bila nak hiris nanti..

7 comments:

Iffah Afeefah said...

Amboi kmain tajuknye tu

Mat Gebu said...

@ iffah - hahaha..lalalalala..

Oh Oeya said...

Oh! Yesss! dengan sambal kicap.. giler mabelesss!!

Adzrien Shoppe said...

yg catatan tu baru tau petuanya. TQ MG

Sis-Lin said...

nnti laki aku balik nk tgk..dia ada garu2 x miang..klu ada haaa mmg betul le miang keladi..hahahaaaa

NekPP said...

miang keladi..
makin tua makin menjadi
masuk mulot sedap sekali
pekena dgn kopi o mak metua lalu pon buat x retii..kikiki
kalau badan laki miang2 sana sini
haaa perang besou uuu seeee heehee

haa tu dia pantun 6 kerat dari nekpp..ahakss..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh terliur tgk.nak2 ada sambal kicap.sedappppppppp

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.