BEN ASHAARI

Saturday, November 12, 2011

MI HOON GORENG TAUCHO..

rsz_dsc_6321
Assalammualaikum, selamat malam semua. Terlebih dahulu mat ucapkan terima kasih pada pengunjung yang sudi singgah blog DTS, walaupun tak da entri disiang hari. Hari ni mat agak sibuk dari awal pagi hingga petang dan mat juga menerima kunjungan Sis_Linn dan keluarga serta En Azman @ blogger kasawari. Terima kasih atas kunjungan anda. Mat tak buat apa, cuma hidang kan mi hoon goreng, tapi kali ni mat letak taucho. Orang2 Johor dan Singapura suka goreng mi hoon dengan menambah sedikit taucho (erkk..negeri lain pun ada kot, yelah kang silap cakap ada yang "maki" mat gebu pulak). Mat sarankan, kalau takut termasin cuci sedikit tauco tadi bawak air paip...

rsz_dsc_6332
Apa2 anda nak letak tepulang, sotong, udang, daging ayam, daging lembu semua ok, macam mat, letak apa yang ada saja. Bila memasak, kita tak boleh terikat dengan resipi. Tapi tidak pada kueh2 tradisional, yang tu anda memang kena ikut sukatan dan teknik yang betul. Dan jika serasi dengan satu2 resipi, elok kekalkan dan ini lebih menjamin anda mendapat hasil yang memuaskan. Ok, mat kongsi lah resipi ni, sekurang2nya ada lah idea sikit untuk sarapan esok. Cuma mat tak boleh nak jamin ia akan sesuai dengan selera anda...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram mi hoon, rendam hingga lembut atau rebus sekejap dan toskan
2 genggam taugeh, cuci dan toskan
2 keping tauhu, dadu kecil dan goreng, toskan
2 biji telur, dibuat telur hancur
1/2 cawan isi udang, cuci dan toskan
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar cili sos
2 camca besar tauco, letak dalam tapis dan cuci sedikit.
Kicap cair secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasa
Hirisan cili merah untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan taucho dan hancurkan sedikit. Tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan udang dan sedikit air, kacau rata.
  2. Masukkan tauhu dan telur hancur, tambah sos tiram, sos cili, kacau rata. Masukkan mi hoon dan gaul rata2, gunakan api sederhana. Tambah kicap cair secukupnya (jangan banyak2 sebab taucho tu dah beri rasa masin).
  3. Akhir sekali masukkan taugeh, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang, cili merah hiris dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

14 comments:

JIJI YU said...

termasik tu camne lak ayahnda ku tercinta..

Mat Gebu said...

@ jiji - haha, adehh ok ok dah betul kan..terima kasih..

Heldamelissa said...

rasa nak masak esok laa...sedapnye....

Iffah Afeefah said...

eleh jiji tu padahal raje typo muhahaha

Healthy..Beauty & Success with SHAKLEE said...

Assalam Mat..sodapnyo!!jemput singgah blog baru saya wawashaklee.blogspot.com..Thanks Mat!!

zati qibtiah said...

sedapnya...meehon goreng mmg favorite sy, nnti bleh cuba...

Niena Pengembara Ilahi said...

nmpak sedap ~

CekWa said...

lapar laa...

Husna said...

hi mat gebu..
syok tgk resepi kt sini..
smlm saya makan pulut durian..yummy..

http://husnamn.blogspot.com/2011/11/resepi-kuah-durian.html

PUtRi said...

salam mat gebu..mee hoon nampak sedap
set pinggan pun cantik..best nya kalau saya yg dpt makan mee hoon tu

aimie amalina said...

PCM,
mimi ase mimi dh lame x makan meehon goreng
hehehehhee

sdapnyeeelaaaa

Sis-Lin said...

Terima kasih Mat...huhuhu dah kata singgah sekejap, tp tetap juga ada menu istimewa..mmg sedap klu mee hoon letak tauco kan... :)

bertambah2 makan td..hehehhe
Thankx Mat..ko doakan Mak aku cepat baik ye Mat..huhuhu

Ryo Azhar said...

CMG..memang ngencesssssss mihun ni.........(pinjam word kak ummi jap)

Yanti bt Zaini said...

salam,

semalam tengok resepi, hari ni cuba buat, alhamdulillah...kini baruku tahu, rupanya memang sedap mee hoon goreng klu tambah tauchu ni...

terima kasih ye che mat!

http://diarijarumemasku.blogspot.com/

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.