BEN ASHAARI

Sunday, November 27, 2011

MI GORENG MAMAK.....

rsz_dsc_7905
Salam hujung minggu semua, sebelum mula memasak (masak yang simple saja), nak share mi goreng mamak untuk sarapan pagi tadi, erkk kenapa tak hitam..mi goreng mamak kan hitam?..Haa yang ni mamak dah pi spa semua, buat rawatan, pemutihan tu pasal jadi kurang gelap. Lagi pun cuaca mendung2 ni mi kalau gelap tak bess kang tak leh beza mana satu awam mendung, mana satu mi goreng..same color gitu kata omputeh (macam orang puteh, depa bukan putih pun ada tu kemerahan, kenapa masih panggil orengg putehh?). Apa2 pun kita buat ikut kesesuaian selera kita, sebab yang nak mengahadap pun tekak sendiri, jangan mudah dengar cakap orang, kecuali kalau anda buat kek, yang tu memang lah kena dengar nasihat yang lebih arif. Mi kuning berbaki dalam 500 gram jadi mat masak lah apa yang boleh dimakan untuk sarapan pagi ni. Mi goreng mamak kalau anda perhatikan ianya agak mewah, ada tu mat perasan siap ada kentang dalam dia, ketam pun ada kadang2...perghh..kalau mat punya ni versi mamak miskin..ikut apa yang ada saja..ok kita semak resipi..Blog pilihan DTS ---> di sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mi kuning, cuci dan toskan
1 keping tauhu keras, dadu kecil dan goreng, toskan
2 genggam taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1 cekak kuchai, hiris pendek2
3-4 kelopak kobis bulat, hiris kecil
2 biji telur, dipukul sedikit
1 biji tomato, didadu
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 camca besar kicap pekat
Kicap cair secukup nya
1 kiub ikan bilis (optional)
15 ekor udang saiz sederhana, buang kulit, cuci dan toskan
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
Sedikit air
Hirisan cili hijau dan merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah sos tomato, sos tiram, udang , kiub ikan bilis (kalau guna) dan tauhu, kacau rata dan tuang sedikir air (anggaran 1/3 cawan)dan biar masak sekejap.
  2. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur, biar telur mengeras sedikit dan kacau hancur. Gaul rata dan masukkan kicap pekat. Tambah sayur kobis dan mi kuning, gaul rata dan masukkan kuchai, tomato dan taugeh. Tambah kicap cair secukupnya, gaul hingga rata. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan dengan menabur hirisan cili hijau dan merah. Sedap dimakan selagi hangat bersama hirisan timun dan sos cili atau tomato....

5 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

belum bekpes tgk mee goreng mamak.aduhh lapar nyer

Iffah Afeefah said...

xsarap lg haha

JIJI YU said...

waaaa nanges tgk mee goreng..kat umah adik2 x mkn mee..sadis sungguh

Mat Gebu said...

@ LM - kalau guna spaghetti pun ok rasanya, rebus lembut sikit..

@ iffah - erkk pesal tak sarapan lagi..nih..

@ jiji - anakanda jiji,secara jujurkan mi kuning not very good u know, dia ada sejenis ubat yang tajam, dulu keluarga pcm mengusahakan mi kuning, tapi kilang dia dah tutup dah dah jadi rumah..huhu..jadi kalau adik2 jiji tak makan pun tak pe....

rafizi said...

nak tanya pendapat, u penah wat mee kuning sendiri x?
apa saiz standard utk mee kuning?
Kalau mata pisau pemotong tu x blh adust, mana better, saiz 1.5mm @ 3mm?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.