BEN ASHAARI

Wednesday, November 23, 2011

MASAKAN KAMPUNG YANG UNIK...

rsz_dsc_7584
Salam petang..hmmm, hari ni sibuk lah, mat masak atas arahan, jadi kasi siapkan apa menu yang penting dulu, kemudian baru buat untuk mat punya. Mula2 mat masak satu lauk kampung yang unik dan mat rasa banyak kali dah letak resipi di sini, tapi takpe setiap kali letak walaupun resipi ulang tayang, ianya tetap fresh dari dapur mat gebu.Sebab ada kupang segar, jadi mat masakkan dengan pucuk ubi dan letak juga pucuk bebuas, tempe dan serai sebagai menambah aroma. Kalau masak macam ni, kenalah letak lada, tak berapa sesuai masak lemak yang putih tu, kerana ada kupang, waima kalau guna tulang ikan kurau pun sama juga. Masakan ni mudah dan ringkas. Ada juga mat dengar kata2 orang, bagi yang ada darah tinggi tak berapa elok makan pucuk ubi banyak sangat. Bila dah masak macam ni, kita perlu sediakan sambal belacan dan ikan goreng @ ikan masih, sudah memadai, kena pulak dengan nasi panas, dalam keadaan cuaca hujan2 ni..hmm mau bertambah.... Blog pilihan DTS kali ni ---> di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi, asingkan dari tangkai, cuci dan toskan
1 cekak pucuk bebuas, asingkan dari tangkai, cuci dan toskan
3 batang serai, dititik
1 cawan isi kupang segar
2 keping tempe, didadu
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air secukupnya (jika perlu)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
6 biji cili padi (optional)
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap dan toskan
1/2 inci belacan
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur pucuk ubi hingga lembut, toskan, cuci dengan air sejuk, perah dah kerat pendek, masukkan ke dalam periuk bersama serai titik, asam gelugor, bahan kisar halus dan juga isi kupang. Gaul rata dan masak sekejap.
  2. Tuang santan cair, masukkan tempe, kacau dan biar mendidih. Tambah pucuk bebuas, kacau rata dan tuang santan pekat. Kacau perlahan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api sederhana sambil dikacau selalu.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan, ikan masin atau ikan goreng bersama nasi panas...

7 comments:

Sunah Sakura said...

wah, letak kupang ye? pestime ni tengok..

Iffah Afeefah said...

mmg unik

cm tk penah mkn

Sally Rashid said...

bestnya..macam2 ada

penaGlow said...

Bestnyerrr dh lama x mkn kerang ke kupang sewaktunya...

Rtp Farra Arisha said...

it looks tasty! :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tak perlu msk lauk pun takpe.ada kupang dah.sedap

JIJI YU said...

masakan kampong..kalo orang betol2 kampong masak mmg best

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.