BEN ASHAARI

Sunday, November 13, 2011

KANAK-KANAK PUN SUKA....

rsz_dsc_6356
Assalammualaikum, salam bertemu kembali. Hari ni dari pagi mat macam sibuk sikit. Hari ni sebenarnya ada plan nak buat sesuatu, tapi pagi tadi kawasan kejiranan kami terputus bekalan elektrik seawal jam 5 pagi, tiba2 gelap, sunyi dan hanya ada bunyi cengkerik sahaja....maka batallah projek yang mat nak buat tu. Nasib baik jam 8 pagi elektirk kembali ada. Hari ni juga ada undangan majlis perkahwinan, kalau ikut2 kan cuti masak pun boleh, tapi mat tak berapa nak lalu makan nasi minyak. Ok kali ni nak share masakan mudah, sesuai untuk kanak2, insya Allah mereka suka, terutama daging masak halia kat atas tu....

rsz_dsc_6402
Satu lagi, yang ni feberet mat gebu..sebab masak mudah, main humban je segala macam sayur ikut suka hati masing2, tapi nak humban pun agak2 lah, jangan pulak campur pucuk ubi dalam tu, kang dah jadi lain macam. Masak sayur campur macam ni, satu je, kena makan panas2, baru sedap. Tapi ikut lah keadaan, kalau masa agak terhad boleh juga siapkan awal sikit. Selain letak udang, kalau nak guna sotong pun boleh, letak hirisan daging ayam pun sesuai juga, ikut selera masing2. Jomm semak resipi...

DAGING MASAK HALIA :-)
600 gram daging lembu, hiris nipis, cuci dan toskan
3 inci halia, dimayang halus
6 titik minyak bijan
5 biji bawang putih, diketuk
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap cair (atau secukup rasa)
1/2 camca teh gula
1 biji bawang besar, hiris kasar
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Air secukupnya untuk merebus daging

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan halia dan bawang putih hingga harum, masukkan daging, gaul rata dan bila daging kecut, tuang air secukupnya. Kacau dan tambah kicap pekat, sos tiram, kicap cair dan minya bijan, kacau hingga semua rata dan masak hingga daging empuk.
  2. Tambah gula dan masukkan hirisan bawang besar, jika kurang masin, tambah sedikit lagi kicap cair. Biar masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan panas bersama nasi..

SAYUR CAMPUR...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 bahagian kobis bulat, hiris kasar, cuci dan toskan
1/2 biji traffic light capsicum (hijau, merah, kuning), didadu
1 biji tomato, didadu besar2
1 genggam isi udang saiz sederhana
Bunga kobis sebesar penumbuk, dipotong sepokok2
15 tangkai sweet pea
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
3 ulas bawang putih, diketuk
1 kiub ikan bilis (optional)
Garam dan secubit gula
1/4 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum, masukkan leek (toskan), masuk kiub ikan bilis dan udang, kacau rata dan tuang air.
  2. Masukkan bunga kobis, sweet pea, kobis dan traffic light capsicum, kacau. Tambah secubit gula dan garam secukup rasa. Masak sekejap hingga sayur lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok, boleh matikan api Hidangkan.

11 comments:

Sugar 'n' Spice said...

CMG...yg simple tu laaa yg sodappp...walllahh...sy pon terliuq niii....

Iffah Afeefah said...

mk sedare kanak2 pon suke dgg tu

nyumi

||aLeaSaRa|| said...

owh tu yg suka sggh sini sbb CMG bagi resipi yg simple tapi sedap.mmg dua2 resipi ni kite suka.tq bagi idea..dah tau esok blk keja nak masak apa heehehehe

JIJI YU said...

ni bapak budak pon suka ni

DJ said...

nampak menyelerakan daging halia tu Mat...terus laparrr... :)

aimie amalina said...

ohhhhhhh
atok mimi pon suke niii
simple dn sodaaappp =]

maszull said...

assalamualaikum abg mat...sedapnya sop tu ....simple je tengok gambo je dah sedapkn...:)

jemputan ke majlis perkahwinan anak perempuan saya di JB kiranya sudilah abg mat dpt hadir dan sudi2kanlah yer hadir ke majlis tu...jutaan terimakasih...:)

http://maszull.blogspot.com/2011/11/jemputan-kawen-buat-semua-kengkawan.html

aima said...

MENU TERBAIK NI.....

Sis-Lin said...

ermm jgn kata kanak2..aku pun sukeeeeeeeee :p

Junie Octovian said...

Kak June pun suka Mat....

RAJA ZARINA RAJA OTHMAN said...

nampak sungguh menyelerakan....anak2 saya suka menu ni........;)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.