BEN ASHAARI

Monday, November 21, 2011

GULAI LABU DENGAN PUCUK BEBUAS.

rsz_dsc_7245
Daun bebuas lagi, tak jemu ke?..Memang tak jemu. Assalammualaikum dan salam semua, entir ni mat share lauk yang mat masak semalam. Patutnya nak tulis malam tadi, tapi tak dan lahh.. dan mood mat pun semalam tiba2 berubah..hmmm, sampai hari ni pun kalau ikut kan, rasa tak bess... grr tatau lah kenapa. Kali ni entri biasa, typical lauk2 orang kampung. Tu hari ada yang tanya mat di FB, CM macam mana rupa pokok bebuas ni, hmm nanti lah, senang mat letak. Ianya sedap dibuat ulam dan dimasak lemak seperti diatas tu. Antara bahan2 utama dalam membuat botok-botok Johor. Semalam atas perintah bonda, mat masak dengan labu manis. Dan rasanya cukup ngam. Daun bebuas ni memang ada rasa sedikit pahit tapi amat minima, rasa lemak dia lebih dari rasa pahit. Kalau pucuk dia dibuat ulam cicah air asam atau sambal kacang pun sedap...Blog pilihan DTS ---> di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji labu manis saiz sederhana, kupas, dadu besar2, cuci dan toskan
2 cekak pucuk bebuas, asingkan dari tangkai, cuci dan toskan
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
2 batang serai, dititik
1200 ml santan cair
500 ml santan pekat
1/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan labu ke dalam periuk bersama hirisan bawang besar, bawang putih, serai titik dan udang kering. Kacau rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih dan sederhanakan api, sambung masak hingga labu 1/2 empuk.
  2. Masukkan pucuk bebuas dan gaul rata. Masak hingga daun layu. Tuang pati santan, masukkn serbuk kunyit, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana.
  3. Bila labu lembut, rasa kuahnya dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin..

7 comments:

Amie said...

alaaaa... che Mat, apa bahasa lain untuk bebuas ni...

Amie said...

alaaaa... che Mat, apa bahasa lain untuk bebuas ni...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

mkn dgn ikan goreng dan sambal belacan...mmg mengancam ni encik mat

makdara TERdiva said...

baru tau pucuk bebuas ni leh masak gulai..

biasa rebus pastu cicah dgn sambal belacan..

tp kitorang panggil bebueh.. :D

Rozita said...

CMG, abah saya panggil pucuk beruas..memang sedap.. masak asam rebus pun sedap..

Sally Rashid said...

macam manalah rupa pucuk bebuas ni..??

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

pucuk bebuas ni ke yang org sarawak letak dlm bubur lambuk sarawak cik mat?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.