BEN ASHAARI

Saturday, November 26, 2011

GULAI AYAM DUA RASA.....TERIMA KASIH CIKGU ISZA...

rsz_dsc_7777
Salam semua, dah santap... Entri kali ni mat nak kongsi salah satu masakan ringkas yang mat hidangkan semalam masa Cikgu Isza datang bersama suami dan anak beliau. Masakan ini sama macam masak lemak biasa sahaja, tapi kurang pedas (atau tak pedas langsung). Sebelum masak tu mat ada lah borak2 dengan blogger Sunah, dan cerita pasal masak2 ni, lepas tu kata lah nak letak sekian bahan dalam masak lemak tu, sampai sunah rasa aneh, sedap ke..hahah i no comment ok, nanti Cikgu Isza yang komen kemudian yea. Kali ni mat masak guna ayam pencen, dan guna periuk tekanan atau pressure cooker. Satu kelebihan ayam pencen ni, ia seakan2 ayam kampung dari segi teksture daging ianya pejal dan tidak mudah hancur, terutama bila kita panaskan lauk tadi. Mat letak kentang, kalau anda suka nak letak nenas pun boleh, lagi sedap, cuma ada juga orang "pantang" makan nenas ni semua, sebagai langkah selamat mat letak kentang. Kalau nak pedas boleh tambah cili padi.

rsz_dsc_7849
Terima kasih juga mat pada Cikgu Isza, (blog beliau di sini).dulu datang dia tengah pregnen, datang kali ni dah jadi hero yang comel, kacak dan hansem...serius nih, geramm tengok mata dia tu, hidung pulak mancung dan telinga capang (besar)..kata orang tua2,telinga capang ni murah rezeki, panjang usia dan mudah dikasihi...perghh, ramai anak dara suka nanti nihh. Erkk..satu kelemahan mat gebu ni kan...aku lupa nama hero comey ni..adehh, yang mat ingat Cikgu Isza kata umur dia 11 bulan. Berbesar hati sebenarnya bila ada orang ingat pada kita. Pada Cikgu Isza, mohan ampon dan maaf atas layanan ala kadar, jika ada terkasar bahasa dan sebagainya...Terima kasih sekali lagi.... Kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam (anggaran 1.2 kg), potong ikut suka buang kulit, cuci bersih dan toskan
4 - 5 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap satu dan rendam
5 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
1200 ml pati santan
400 ml santan pekat
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji cili merah (kalau suka pedas boleh tambah cili padi)
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dimasukkan ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan cair dan biar mendidih hingga ayam 1/2 empuk. Masukkan kentang dan daun limau purut, masak dengan api sederhana hingga kentang empuk.
  2. Tuang pati santan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biar mendidih perlahan dan kacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

7 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam...sedapnyer ayam pencen cmg.mmg sampai menggigit tulang.haha.

psst:mata baby cumil tu bersinar.suka tgk

azila said...

en.mat..btolla..hensem anak cikgu isza..heheh:)

Mat Gebu said...

@ LM - kann..ayam pencen antara kegemran, tapi kena ada priuk tekanan kalau nak cepat masak.

@ azila - tu lah zila, saya pun geramm..insya Allah Ben Jr nanti pun sama....kita doa banyak agar semua selamat dan sempurna....

Ayie Media Networking said...

ohh ni rupa2nya chekgu isza.. lama membaca blog dia. baru hari ni tahu rupanya

AYIE NETWORKING

cikgu isza said...

Salam Mat,
saya dah selamat sampai ipoh..
jujur cerita.. tak puas sembang sungguh.. rasa macam kenal lama ke dengan mat..
saya ingatkan ayam belanda.. rupa2nya masuk periuk tekanan.. orang yan tak suka pedas macam saya memang kata sedap sangat. Ada cerita sebenarnya.. nanti mat intai kat blog yer..
gambar ni kan.. gambar saya yang paling tulen tanpa make up.. ngeh..:D

Citarasa Rinduan said...

wah...........
anak cikgu memang hensem...
lain benor masa dia lahir dengan sekarang..

cik mat, thanks syer pic dan entry nie..
ayu rasa sedih kerana tiada peluang bersemuka dengan cikgu sklrg..

Iza Teratak Usang said...

Assalam..
Salam perkenalan Che Mat Gebu...
Saya pun pengunjung setia blog cikgu isza. kali ni intai blog ni pulak...
dulu terjumpa nama CM Gebu di my resipi, rupanya CM ada blog sendiri..
jom singgah teratak usang...

Teratak Usang

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.