BEN ASHAARI

Thursday, November 10, 2011

DARI MAKAN HATI..BAIK MAKAN SUP TULANG..

rsz_dsc_6073
Salam....apa buat tu..melopong ke?..Mat melopong juga tadi bila tengok entri ini, sabar je aku..huhh. Tapi mulut sudah kasi tutup takut masuk lalat. Bercerita pasal lalat, sekarang ni macam musim lalat ke eks?.. Kata orang dulu kala, lalat banyak pada musim orang naik haji, erkk...apa kena mengena eks..hmmm ntah lah. Selain lalat nyata, lalat bunian pun ada sekarang ni, lalat bunian ni sepesel sikit, sebab jenis halimunan...dia merayau merata2 tempat, bila dia rasa kenan je satu2 tempat tu, terus dia singgah, maka tinggal lah noda2 "kesialan" nya di tempat itu dan virus2 mula membiak...wahh kena buat pembersihan hingga ke akar umbi nih, jadi lalat...kalau nak singgah DTS, jangan lupa cuci kaki okeh, kalau boleh, "hati" pun kasi cuci biar suci. Entri hari ni mat masak sup tulang, tapi mat masak guna pressure cooker atau periuk tekanan, rebus dalam 30 minit, insya Allah daging dia semua empuk dan mudah lucut dari tulang, takde lah macam nak ajal menghongges, seropa anak jin...erkk...Ok blog pilihan DTS hari ni---> di sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.5 kg tulang lembu yang masih berdaging, cuci bersih dan toskan
1 pokok daun sup
1 camca besar bawang goreng
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih
6 biji bawang merah*
2 inci halia*
4 ulas bawang putih*(*kisar halus)
4 biji buah pelaga
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN REMPAH DI TUMBUK HALUS :-)
1 1/2 camca besar ketumbar biji*
3/4 camca teh jintan halus*
3/4 camca teh jintan kasar*
1 camca besar lada hitam*(*disatukan dan bungkus guna kain jarang, buat macam sup bunjut)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tulang lembu tadi dibersihkan, buang lemak2 dan cuci, toskan. Rebus tulang tadi 15 minit, kemudian buang airnya (yang ni kalau tak nak buat pun takpe, tak payah rebus. Tujuan nak buang lemak berlebihan pada tulang tadi, mat buat sebab bonda mengidap darah tinggi). Ketepikan.
  2. Masukkan tulang tadi ke dalam periuk tekanan, masukkan semua sekali bahan diatas bersama air secukupnya (kurang lebih 1/3 dari tinggi periuk tadi atau hingga tenggelam bahan2). Masukkan sedikit garam. Tutup periuk, pasang injap dan masak hingga wap keluar melalui injapnya dan menghasilkan bunyi berdesir. Kecil kan api dan masak selama 30 minit.
  3. Bila sampai waktu, matikan api dan letak periuk tadi dalam sinki, lalukan air paip atasnya hingga hilang bunyi desiran bila injap disentuh. Bukak periuk dan alih ke dalam periuk biasa. Tambah air jika suka kuah lebih. Kalau anda suka kentang, boleh letak masa ini. Masak sekejap dan tambah garam jika perlu.
  4. Hidangkan dengan menabur bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang. Enak dimakan bersama mi kuning, mi hoon, nasi impit atau roti. Selamat mencuba.
CATATAN MAT GEBU :- Jika anda guna periuk biasa, rebus hingga empuk dan jangan letak garam dahulu. Masa merebus mungkin 1 1/2 jam - 2 jam...

12 comments:

cik cek said...

Setuju...setuju...tak yah makan2 hati...baik makan sup tulang...sedapnya kalau dapat hirup sup ni panas2..slurp..slurp...:D

Munnafendy said...

nnti dah kwin nk bli pressure cooker tu, sng n cepat =)

Sis-Lin said...

lalat ok lagi..jgn langauuuuu..mulut tak berenti memekak...susah jdnya kita ni..huhuhu

rumah aku tu pu lalat dh mula byk dan byk komen 'lalat' aku delete sapu masuk tong..hehehe

masakan sup lagi sedapppp...sruttttttttt

Oh Oeya said...

pekat! melekat!! nyum! nyum!

cantekk said...

kita masak pakai piuk biasa je, dlm 2 jam la kalau nk betul2 empuk,, tp knape jgn letak garam dlu ek? kita terus je masuk garam masa baru nk didih.. masak campak2 camtu la, tak ikut peraturan =D hehe

kakchik@ella said...

alaaaa .. tergoda lg.

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

fuhhhhhh sodappppp... setiap kali masuk ke sini pasti lapar.. hehe i like.. aktiviti peberet tu...

Rozita said...

menu baik ni... boleh bikin naik darah...hehe... baru hadap raya haji lepas...

eh.. CMG lupa sambal kicap ke?

Iffah Afeefah said...

terbaikla pcm

td baru makan singgang daging dan tulang

JIJI YU said...

atok sedara ajar kan..nak kasi lembut daging tu..die suh rebus daging ngn tulang tu sekali dengan sudu

ThEColoRfUlLofLifE said...

huhuhu...cicah roti pun sodap......lupakan lah kisah lalat..sama ada lalat nyata ker atau lalat bunian.....:-)

My Manis Cupcakes said...

Saya ni peminat setia DTS...terima kasih ye sebab kongsi resepi best-best...tapi saya sedihlah...lately ni saya rasa macam Cik Mat selalu bersedih...janganlah bersedih ye cik mat...kalau tidak tak cerialah DTS lagi...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.