BEN ASHAARI

Friday, November 18, 2011

DAGING MASAK KICAP UWAN PEAH..

rsz_dsc_6984
Salam petang Jumaat...hujan kat sini, cuaca agak dingin. Kali ni mat share satu resipi yang pasti dah biasa anda dengar dan lihat. Teringat bonda sering cerita pasal uwan Peah nya masak kicap, dia kata sedap lah, kicap dia melekat kat daging lah dan paling yang tak bley tahan punya ayat, bonda kata zaman dulu nya kicap tak sama macam sekarang..haha, ada kebarangkalian juga kan. Tadi saja lah konon2 masak style uwan Peah...Bila sebut "uwan" tu mesti ada yang tertanya2. Kalau orang Negeri Sembilan sah2 tau.."uwan" tu gelaran untuk "nenek", macam orang Johor kan ada panggil nenek mereka "Mak Tok" dan belah Perak panggil "Opah". Memandangkan daging korban masih ada, mat ambik dalam 500 gram daging batang pinang dan cuba lah masak gaya uwan Peah...Bonda kata ada lah persamaan mungkin dalam 80%....erkk..tatau nak kata apa dah, mungkin ada benar sebab dulu2nya bahan lagi sedap. Takpe lah janji masih ada kesamaan, ke atau aku dehaka selalu tu yang kurang keasliannya..hmmmm....kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang, hiris nipis dan cuci, toskan
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 biji bawang besar hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 inci halia, hiris halus
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau hiris
3 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap manis
3-4 titik minyak bijan
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 camca teh cuka makan
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul daging tadi bersama serbuk lada hitam, kicap pekat, kicap manis dan minyak bijan hingga rata dan perap 2 jam. Simpan dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, hirisan bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan daging yang diperap tadi bersama bahan2 perapan. Gaul rata dan masak hingga daging kecut. Masukkan leek (toskan) dan kacau rata.
  3. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk, jika ingin berkuah, tambah sedikit air. Masukan hirisan bawang, cuka makan, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

9 comments:

Sunah Sakura said...

ya Allah...laparnya saya pcm....

mas saari said...

sedapnya wehhhhhhhhh!
tapi Mas tak boleh makan banyak ni, nanti kena ceri beri..

JIJI YU said...

salu je wat ni..senang

Mr. Z dan Mis N said...

sedap nyer...huhuhuhuh

Jemputan khas singgah ke blog chegu zubir BLOG CHEGU ZUBIR

Jom singgah SINI sama
Mencari INSPIRASI??Lihat ini pasti ada sukakan ia
TIPS kewangan terbaik dalam terbaik.
Santa 2011 xpakai rusa dah...dia pakai..
soalan killer buat lawyer
Menari???minat ker??jom tengok kumpulan2 ni menari
Libresse boleh jadi anak patung
RM 30 Shopping voucher
beg prada,YSL oercuma utk anda
rm 16 ribu buat yang awal..dan bercuti
Menari bersama SHOWDOWN 2012

aki_san said...

tu dia melelelh ayaq liuq

anymz said...

kalau masak gaya uwan2 ni mat mmg sedap tak terkata lah kan?
.kicap tu pun diorang guna kicap tamin atau kicap cap ayam tu..kicap org dulu2..akak tau mmg sedap cara masak kicap uwan2 nih..
kalau mat ada uwan peah akak ada uwan kosum..hehe.

Iffah Afeefah said...

Ade rempah skit
siap ade ldek


org dlu gne ke leek tu pcm

Choco Ani said...

Wah Wah CM.. terpikat hmm daging ada dlm fridge tu.. esok pasti cuba.. thx! hv a gr8 weekend ya CM ;)

Niena Pengembara Ilahi said...

LAPARRRR





sekian~

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.