BEN ASHAARI

Wednesday, November 30, 2011

CORETAN "35 TAHUN" UNTUK BEN ASHAARI...

(Gambar Ehsan Google)

30 hb November 2011..... hari ini, maka dengan rasmi genap lah usia jiran dan juga sahabat ku Ben Ashaari yang ke 35. Secara jujur, masa mula2 kenal, entah kenapa terdetik dalam hati aku mengatakan dia akan menjadi blogger yang dikenali ramai satu ketika nanti, dan aku mula mendekatinya. Telahan ku benar belaka, dia berusaha keras untuk sampai ke tahap sekarang, aku tau....halangan memang banyak, tapi ketabahan diri menjadi tonggak utama walaupun kekesalan mungkin ada tak sikit banyak. Biar lah..bila usia bertambah, kematangan akan membuatkan sesorang itu lebih kuat dan utuh. Insya Allah...

Pada Ben Ashaari, mat gebu ucapkan selamat hari lahir, moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat kelak.....dan tahniah juga pada Ben yang bakal menimang cahaya mata tak lama lagi....Moga menjadi seorang ayah yang berwibawa... Satu saja harapan mat gebu sebagai jiran blog, walau apa pun keadaan moga persahabatan kita berkekalan....Insya Allah....

CAHAYA FAJAR MEMANCAR MURNI,
HEMBUSAN BAYU RASA SELESA
GENAP LAH SUDAH USIA MU KINI,
MOGA DIBERKATI ALLAH SENTIASA.

TALI JERAMI PANJANG SEHASTA,
BALING TERSANGKUT DI POHON SAGA
PANJANG USIA DIJAUHKAN SENGKETA,
DIBERI KETABAHAN JIWA DAN RAGA..

~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~

16 comments:

BEN ASHAARI said...

Terima kasih mattt's ..hehe..terharu aiii..huhu..nanes sat..

Mat Gebu said...

@ ben - caitttt...ngada2...

Iffah Afeefah said...

errr tercepat wish..dikire gak ke?

Syafiq Ahadin said...

dah ramai yang buat entri untuk papa ben. nak juga! :)

Kjee said...

happy birthday Ben!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

amin...

selamat hari lahir ben.CMG sahabat yg sgt syg kamu!untung ben

Alieza Dayasari said...

ermm.... SLMT HARI LAHIR KPD RAKANMU ITU,.

DEZAMAN COTTAGE said...

Selamat Menyambut Hari Tua Buat Bro Ben hehehehehe

Citarasa Rinduan said...

AYU TERHARU......

selamat hari lahir ben..
CMG entry nie sangat setiakawan...
kita semua blogger yang berkawan2..........

moga ukhwah persahabatan kalian dan semua.amin

missbby said...

Selamat Hari Lahir untuk Ben juga..:)

mas saari said...

happy birthday Ben!!

Ryo Azhar said...

so sweettt......Happy birthday abam ben.........PCM cepat wat kek sebijik utk dia.hikhik.nak tumpang mamam

Ummi said...

Semoga hari lahir tahun ini membawa seribu rahmat buat Ben dan isteri jugak...moga Ben diberi usia yg panjang dan anak2 yg comel bersama isteri tersayang.... :))

Sis-Lin said...

Selamat Hari Jadi Ben..
MOga senantiasa dilindungi dan dirahmati olehNya...aminnnn

Adzrien Shoppe said...

moga kekal persahabatan hingga ke akhir hayat...amin..

NekPP said...

hepi besday Ben!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.