BEN ASHAARI

Friday, November 11, 2011

ASSAM LAKSA MI TELUR PADA 11.11.11?...

rsz_dsc_6100
Salam Sebelas . Sebelas . Sebelas...erkk, pesal pulak si mat nih, hehe, saja je, nak letak satu enti tepat jam 12 pada 11.11.11. Petang tadi, saja lah nak buat kerja2 yang tak berapa nak berfaedah, antaranya membuat pes asam pedas yang boleh digunakan bila terdesak. Lepas tu bila dah buat, kena lah mencuba, kot2 lah beracun ke kan, bila makan, tau2 "kiok" jee..tu kalau kita yang kena takpa lah jangan lain orang, mau kang turun naik court ((mammoth)). Bila tengok dalam pantry, cuma ada mi telur atau egg noodles, ala yang rupa macam meggi tu, tapi tanpa perencah, mat guna jenama "cintan". Ambil 2 sekeping dan mula lah melakukan apa yang patut. Pes ni mat buat saja2 lah, tapi apa yang penting, masa menumis pes tu memang kena letak minyak lebih, minyak tadi secara tak langsung akan menutup pes kita dari ditumbuhi kulat. Nak tahan lama kenalah simpan dalam peti sejuk. Satu lagi bekas kita simpan pes, memang kena rebus dulu dan keringkan, tu kalau guna botol kaca lah..Pstt... selingan kejap, Mat terkejut dengan perubahan dia nihh ..ishh tak sangka berubah selera sudah....takpelah demi kebaikkan. ^__^

rsz_dsc_6114
Sambung balik cerita mi tadi. Jadi mat guna pes tu dan jadikan ia seakan2 assam laksa. Weyy not bad okehh, janji kena kasi rasa assam, daun keson dan bunga kantan tu wajib lah ada kan, dan tambah pulak udang gedabak besau 2 ekor (dah memang 2 ekor saja yang ada). Tambah sikit2 sayur, sapa nak letak telur rebus pun ok, tapi mat takmo...malas. Bila nak santap perah itu jus limau kasturi...apa lagi santap lah dengan berhemah...Ohh heaven okehh, nikmat.. syukur alhamdulillahhh... Blog pilihan DTS kali ini ---> di sini..

BAHAN PES ASAM PEDAS :-)
5 senduk nasi cili kisar
1 1/2 cawan jus asam jawa pekat
Garam dan gula secukup rasa
1 inci lengkuas, dititik
1 inci halia, dititik
3/4 camca teh serbuk kunyit
15 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci belacan*
5 biji buah keras*(*kisar halus)

BAHAN ASSAM LAKSA :-)
2 camca besar pes asam pedas
1 keping asam gelugor
1 liter air
2 - 4 ekor udang saiz besar
5 tangkai daun kesom
1 kuntum bunga kantan
Mi laksa secukupnya (mat guna mi telur - 2 tepek)
Sedikit hirisan kobis
Sedikit hirisan bunga kobis
Belahan Limau kasturi
Hirisan daun ketumbar (jika suka)
Hirisan cili hijau/merah (jika suka)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PES ASAM PEDAS :- Panaskan minyak dalam kuali, biar lebih sedikit. Masukkan bahan kisar halus, halia, lengkuas dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga garing dan pecah minyak. Masukkan jus asam jawa, kacau dan masak dengan api kecil dan kacau sekali sekala hingga pekat. Tambah garam dan gula secukup rasa, masak lagi sekejap hingga betul2 masak. Rasa dan jika ok, boleh matikan api, keluarkan halia dan lengkuas tadi. Biar sejuk dan simpan dalam botol bersih untuk kegunaan kemudian. Simpan dalam peti sejuk untuk lebih lama.
  2. UNTUK ASSAM LAKSA MI TELUR :- Didihkan air, masukkan pes asam pedas tadi bersama daun kesom, bunga kantan dan asam gelugor. Bila mendidih, perlahankan api. Tambah bunga kobis, hirisan kobis dan udang. Masak sekejap. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan mi telur tadi, masak hingga lembut dan alih dalam bekas sesuai.
  3. Tabur hirisan cili hijau/merah, belahan limau kasturi dan tabur sedikit daun ketumbar. Hidangkan panas, kalau nak tambah hirisan bawang dan timun sebagai ulam pun ok...Selamat mencuba.

9 comments:

Iffah Afeefah said...

Wahhh siap wt pes lg

Iffah Afeefah said...
This comment has been removed by the author.
Mr Lonely said...

nice blog~ walking here with a smile. take care.. have a nice day ~ =D

Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

aimie amalina said...

huwaaaa
asam pedas megeeee
kekkee
memg sodap nihhh

siap bole buat siap2 pesnyekan
mmg fleksible =]

Niena Pengembara Ilahi said...

udang tu menggoda

Ainul Hayat said...

terliur

BONDA SAYANG said...

aduihhhhhh teliurnye............http://beautifulss4u.blogspot.com/

BONDA SAYANG said...

Assalamualaikum....
Shikin nak jemput semua pengunjung Dapur Tanpa Smepadan ke blog SHikin...
meh le berkunjung ke blog Shikin yg tak sehebat mana ni...

http://beautifulss4u.blogspot.com/

umi's cup cake said...

Cik mat,
pes ni boleh masak ikan asam pedas ke atau macam maggi asam pedas yang iklan ikan besar punya tu? Sori tak pandai la

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.