BEN ASHAARI

Tuesday, November 8, 2011

ADEGAN YANG TAK SANGGUP ANDA LIHAT

rsz_dsc_5914
Waaaaaa (abaikan lelehan tepi gelas itu yea)......pengsan tak?..haha, mengidam lah sekarang ni, tau tak apa tu?...Hmm, eskrim betul tapi kan..kan..kan...ada letak tapai ubi dia nya dalam. Lepas tu kan..kan...ada sikit whipping cream atas dia...dan...dan...3-4 biji raspberry. Raspberry tu harap rupa je lawa, tapi rasa masam tak hengat, cuma kalau makan dengan benda yang manis tu kira ngam lah. Tekak ni kan meragam saja lah, masak lepas tu tak berapa nak makan sangat. Tapikan ternampak tapai ubi, haa yg ni memang boleh jalan...check dalam freezer, ada pulak belen2 eskrim vanilla...waaaa... pengsann >__< maka bermula lah proses melampias nafsu serakah...ohh heaven, ada pulak raspberry....lagi lah juling mata...lalala, macam tersilap makan ubat kejap. Apa2 pun jangan lah amalkan selalu yea.....(nasihat untuk diri sendiri nihh). Eh, cuba klik sini...waaa..lumayan kan, cuba lah..cuba lah...sapa tau memang. Dan satu lagi sapa2 sambut besday bulan ni wajib baca, di sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus tapai ubi atau secukupnya
Ais krim perisa vanilla secukupnya
Sedikit whipping cream
Buah2 segar, jika suka (mat guna raspberry)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sediakan gelas sesuai, letak 1/2 bahagian tapai ubi, kemudian letak 2 -3 camca besar eskrim vanilla, kemudian letak baki tapai dan diakhiri dengan eskrim, ratakn dan simpan dalam freezer sekejap (dalam 25 minit).
  2. Kemudian hias dengan whipping cream (beli yang sedia guna, dalam tin), dan letak buah2 segar atas dia, kalau nak tabur chocolate rice pun boleh..sedia untuk disantap...hmmmm.

12 comments:

mas saari said...

memang tak sanggup! terliur sudah..

NoorMasri said...

oh tidakkkkkkkk !!!! naper ku masuk kesini.....hehehe

mRs sYa said...

owh....

cnfrm mlm nye saya kene sapu minyak yuyi kat perut...

uwarkkkk,perut x thn makan tapai..lagi2 tapai pulut

Iffah Afeefah said...

Siap ade tapai lg

best2

Sunah Sakura said...

pcm memang tau!

Yaati Nor said...

cik mat sedapnya!!! tapi tak boleh mkn.baby dalam perut kecik lagi..huhuhuhuh

Niena Pengembara Ilahi said...

xsanggup nk tgk pic nie ....

Ann Huda (Ate) said...

Oho...Tapai Ubi, ice cream vanilla & whipped cream, sungguh menggegarkan keimanan tekak Ate :).

siti hidayah said...

Alamak! terliur lah pulak. best nya!!

aimie amalina said...

arghhhhhhhhhh!
suke nye tapai ubi
adoiii
kalau laa ada skrg

logorithm said...

Dari gambarnya ingatkan frozen yoghurt sebab I baru jer makan frozen yoghurt semalam. Harganya RM14.80 untuk 350g!


Terbaru dari Logokoko:

[13SX] Dilarang mengintai di tandas ini!

[U] Edwards Syndrome

[U] Suis

nurichinta77 said...

JULING KEJAPPP!!!! :-)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.