BEN ASHAARI

Tuesday, October 4, 2011

SAMBAL TAUHU MASAM MANIS.

rsz_dsc_2627
Mungkin ini entri terakhir malam ni, cuma nak share sambal tauhu masam manis. Mula2 memang malas nak masak, tapi entah macam mana, ada 2 keping tauhu berbaki dalam peti sejuk, udang pun ada tapi udang halus, huhu, tak nampak pun udang tu kat sambal. Masakkan ni mudah, dan ringkas. Selain sedap dimakan bersama nasi putih, kalau cicah lempeng pekak pun sedap, atau pun cucur kelapa ke, tak pun secodok ikan bilis..uikkk teragak pulak nak makan cekodok, tapi tulah..kena pantang dulu sebab batuk dan sakit tekak...hmmm.. Mat tulis resipi mudah ni..ala resipi cikai2 saja...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping tauhu keras atau taukwa
1/3 cawan isi udang sais kecil
1 biji bawang besar, potong berangkai, dileraikan
1 1/2 senduk nasi cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3/4 inci belacan*(*tumbuk halus)

BAHAN-BAHANNYA :-)
  1. Tauhu didadu, kemudian goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Tinggalkan minyak untuk menumis, kemudian masukkan bahan tumbuk halus, dan tumis hingga wangi. Tambah cili kisar, sos cili dan sos tomato, kacau dan tumis hingga terbit minyalk, guna api sederhana.
  2. Masukkn jus asam jawa, gula dan sedikit garam, kacau dan masak hingga pekat. Masukkan udang dan bawang. Masak sekejap dan masuk tauhu tadi. Gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap dan boleh angkat. Hidangkan...

8 comments:

yuyu Zulaikha said...

mana tempe nye??? T_T

Sunah Sakura said...

takpe, nanti da sembuh makan la cekodok lebih2 sikit ye..

JIJI YU said...

papa..syafakallah..

ShashaCatering said...

Bukan cikai cik Mat tapi simple.
Resipi yang simple ni perlu untuk orang yang sentiasa sibuk dengan tugas sebab mereka nak cepat & sedap.
Betul ke cik mat? ;)

aimie amalina said...

nyum nyum
peveret nih!
dulu mse sekolah..pakcik dewan makan suke masak ni
semoga Pakcik mat cepat sembuh ye =]

syafiq said said...

nak2........!!!!

MaMa QaiSaRa a.k.a nunu said...

wow!!!
sedap nyer..
lik umah nnti nk cuba la resepi ni..
terliur dh.. huhuhu

Oh Oeya said...

Wah!!
Merah sangatlah Che Mat hik3 ;-)
Suker sangat tauhu heheh..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.