BEN ASHAARI

Tuesday, October 11, 2011

SAMBAL IKAN DENGAN PETAI?...BIAR BETUL!!.

rsz_dsc_3196
Salam petang semua, dah makan?..hari ni mat masak yang mudah2 saja. Memandangkan batuk masih bersisa sikit2, kena lah pantang..pantang nampak..boleh macam tu?. Kali ni mat nak share satu entri yang mana mat dapat inspirasi dari sorang blogger antik yang kami panggil Kak Nannie. Kak nani guna ikan Dori, tapi mat guna ikan merah. Rasa dia sedap dan lembut, lagi2 ada petai..hmmm boleh pengsan bila makan. Kalau buat sambal tumis, selain bahan2, cili juga perlu ditumis hingga garing, memang perlu lebih sedikit minyak, tapi minyak boleh kita cedok keluar kemudian. Kalau anda tak suka isi ikan, boleh guna kerang, kepah, lokan, kupang, udang atau apa2 yang anda fikir sesuai, ok jom kita semak resipi mudah ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping fillet ikan merah (setiap satu sebesar tapak tangan)
2 papan petai, ambik isinya, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 cawan jus asam jawa
1 1/2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Fillet ikan dipotong kiub pada saiz sederhana, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
  2. Dalam kuali yang sama, tinggalkan minyak untuk menumis. Masukkan bahan tumbuk halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil. Masukkan jus asam jawa, petai dan hirisan bawang, kacau rata.
  3. Bila pekat sedikit, masukkan ikan dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas...Nak sedap, perah sedikit limau kasturi atas sambal masa nak makan...pengggsannnn >___<

13 comments:

yuyu Zulaikha said...

abah saya selalu buatttt ^^ sebab saya kurang makan udang! ^^

Iffah Afeefah said...

Mcm best

ade klainan

Mat Gebu said...

@ YUYU - Wahh....lepas ni kita buat sambal tumis tempe pulak..

@ IFFAH - cer buat pulak, mesti tak mengecewakan..

Sunah Sakura said...

ehhh...sedap eks..

Ell said...

hi Che Mat!
Salam dari Afrika Selatan!
Saya nak bagi tahu Che Mat yang saya ni peminat Che Mat yang paling baru. Hari2 kompol resipi dari blog Che Mat dan skrg nak ucap 'terimakasih' buat Che Mat yang rajin kongsi resipi sedap2 buat orang2 seperti saya ni yang jarang2 masuk dapur :)

lagi satu, saya nak Che Mat tahu yang saya ada beri kredit kat blog Che Mat di 'Recipes' page saya yang boleh di dapati kat sini http://ellhs.wordpress.com/recipes/.

Sekali lagi, terimakasih Che Mat! I enjoy your blogs and recipes soooOOOO much and wish you all the best in your undertakings. Hugs :)

Shiela Latif said...

ooo boleh terai ni...selalu masuk lam udang jer hehe...

Ryo Azhar said...

CMG,
nasi panas dah ada ni....sup tulang pun dah siap.Kalau ada sambal ni lak lagi syiok!

Nieza said...

waaa!! menyelerakan..:)

Nannie said...

aslmlkm Mat ,

waaaa sedpa tu Mat masak sambal ikan campur potai kira sedap tu heheh n terima kasih la sebab sudi jalan2 ke blog masak akak yg simple tu dan resepi Mat kali ni dapat inspirasi dari resepi sambal ikan dori yang akak masak tu hehe sambal simple je tu . Akak pun banyak dpt inspirasi dari blog Mat :)

JIJI YU said...

ni ubat demam ni

Ummi said...

Waaahhh biar betuii, betuiii, betuiii Mat, ni yg ko cakap petang td eh...mcm sodap...ikan sambal taruk petaii...harus pelik abg rimau nnt...tp dia ngap belaka...hehe

Lysha said...

Huya...the best ever Sambal Petai...CMG,Shah 's said thank you...very much...and yup I lose today coz U picked his choice of food...thank you...sob ..sob...sob..he he he.

Luqman Hakim said...

huhu...ni faberet luq la...hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.