RINGKAS UNTUK WANITA BEKERJA....

rsz_dsc_5211
Salam petang...cakkk...lalala, silap makan ubat, tu pasal jadi macam ni. Petang ni takde entri2 hebat, ingat nak buat kek, tapi tu lah, budak2 takde laa ni, jadi kalau buat kang ada 4-5 hari tak habis2..huhu. Kadang2 kita nak buat tapi takde orang nak santap tu yang jadi malas, nak hadap sendiri pun tak boleh, tapi memang dah tak boleh...faham2 lah, dah gebu satu hal, kang melantak tak hengat, tau2 gol sudah....erkk..hehe. Entri kali ni memang tak menarik, mat mengaku, cuma tumis taugeh tauhu dan udang serta sambal tumis kupang berpetai. Tapi takpe, apa komen pun mat akan terima, cuma jangan kata mat nak publisiti murahan sudah lah. Sambil2 baca ni apa kata klik sini....terima kasih, alah cuma nak mengeratkan tali perpaduan sahaja...

rsz_dsc_5202
Kalau ada orang tanya mat, CM, rumah u memang masak lauk seakan2 sama ke?..Anda kena faham, mat duduk dengan mak ayah, jadi apa2 pun kita nak masak kena lah tanya mereka, yelah mereka kan tuan terutama, jadi perlu dihormati..Bukan mereka larang mat masak apa yang mat nak, tapi kadang2 malas nak masak pelbagai jenis, apa yang mat masak untuk mereka, kita pun sama2 makan...habis cerita. Sambal kupang tu, mat suka, sebab kupang segar, kupang sopan okeh, tertutup semua aurat dia masa beli tu...jangan memain ala2 entri dari blog ini. Isi kupang segar rasanya manis dan kalau tak ingat2 masa rebus, makan macam tu pun boleh habiss...Ok mat tulis resipi mudah kedua-duanya yea...Jommm...

TUMIS TAUGEH DAN TAUHU.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping tauhu keras, didadu pada saiz sederhana
3 genggam taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1/4 cawan isi udang, cuci dan toskan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng tauhu tadi hingga kelihatan sedikit berkulit, tolak ke tepi kuali dan masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau, tumis hingga layu dan gaul rata.
  2. Masukkan udang dan sos tiram, kacau dan tambah garam secukup rasa. Tuang sedikit air, dan masukkan taugeh, kacau pantas dan guna api besar, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat...

SAMBAL TUMIS KUPANG & PETAI....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan isi kupang
4 papan petai, ambil isinya
1 biji bawang besar, hiris kasar
3/4 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 senduk nasi cili kisar

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak untuk menumis, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Tuang jus asam jawa, masukkan sedikit garam dan juga gula. Masak hingga mendidih, tambah petai dan kupang, gaul rata. Masak hingga pekat. Masukkan hirisan bawang besar dan rasa, jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap lagi dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti...

Post a Comment

13 Comments

  1. 2 2 menu ni mmg matching makan dgn nasi panas dh cukup buatkan kepala tak panggung2.
    TQ che maaatt

    ReplyDelete
  2. Yang simple itu sebenarnya orang suka nak follow Che Mat. Nama blog Che Mat juga ada saya sebut dlm contest Eqbalzack yang saya join. Jgn marah arr...saya tolong promote sebenarnya tu. Minta dihalalkan ye?

    ReplyDelete
  3. x boley tahan bab kupang yg sopan itu..hahahaha

    ReplyDelete
  4. hujan2 ni lapar pcm.. 3 pinggan pun habis lauk cam ni.. lelagi sambail kupang petai tu

    ReplyDelete
  5. Macam biasa..yg simple itu le sedapppppp......
    lagi plk ko saja eh tayang petai tu..huhuhu

    ReplyDelete
  6. Cik Mat

    nilah lauk penyelamat kita... :)

    ReplyDelete
  7. lauk bese2 pon bes..makan telor gorengn ngn budu..

    ReplyDelete
  8. Aslmkm Cik Mat..yang penting sedap dan sendiri masak..Hehehhehe

    ReplyDelete
  9. @ kak es - betul tu kak..lauk penyelamat..

    @ june - terima kasih sangat2...huhu..

    @ ryo - hahaha....kupang tutup aurat eks...haha..

    @ ieb - tu lah, cuma tang bilik air tu..kena letak pewangi lebey..

    @ sis_linn - kann..tulah nko jauh kalau dekat, dah sampai sambal petai tu..

    @ yat - sungguh lah, memang penyelamat..

    @ jiji - budu, feberet pcm tuu...

    @ ibh - ws...betul2, kita masak, boleh kawal garam, minyak dan tak payah serbuk perasa..

    ReplyDelete
  10. sedap nyer lauk kupang.terliur betul rasanya.

    ReplyDelete
  11. Salam CMG,
    Last saturday balik dari tioman gi air hitam dan batu pahat dalam perjalanan ternampak kupang.... kita beli 3kg Rm10 tapi memang berbaloi sedap dan segar. Betul kata CMG memang manis kalau direbus bergitu sahaja.... kita pun masak sambal kupang campur petai memang marvellous.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.