BEN ASHAARI

Friday, October 14, 2011

RESIPI MUDAH DAN "PANAS" RUPANYA "DTS" NI.

rsz_dsc_3506
Salam malam semua, kalau mat kata ini entri terakhir, takut pulak muncul entri lain nanti. Tapi kalau entri masak2, memang ni lah yang ada. Petang tadi mat sibuk sikit dan tak dann nak buat apa menu yang boleh dikongsi. Sambal terung pipit berudang ni pun bonda yang masak, mat cuma share dengan anda. Satu perlu ada dalam diri kita bila bergelar blogger, tak kira samada blogger masakan atau apa juga jenis blog. Kejujuran diri perlu ada, jika kita buat, kata buat, jika beli kata beli jangan benda beli, tulis kita buat, satu lagi sumber resipi, kalau mat ambik dari majalah, mat akan tulis dan sebagainya. Kita blogger harus tunjuk contoh yang baik. Jangan jadi seperti segelintir media cetak yang nama gah di pasaran, tapi dari segi moral....sangat2 rendah. Bukan nak menghentam mana2 pihak media, tapi mat sendiri pernah hadapi dulu, walaupun media tersebut telah kemukakan maaf secara terbuka di majalah beliau, kesilapan sama tak mustahil berulang kembali.

Ada satu kes lagi, tapi mat malas nak ambik kesah, lama juga dah hal ni, tapi mat tak cerita lagi. Perihal seorang usahawan IKS yang telah mengguna pakai gambar dalam blog mat sebagai lebal, banner dan lain2 lagi. Usahawan IKS tersebut pun sebenarnya telah ditipu oleh seorang designer "bongok" yang mengaku mengambil gambar tersebut di studio...walhal kebas dari blog DTS... semua kerja nak ambik mudah, menipu, mempergunakan hak orang lain tanpa rasa bersalah, lepas tu hasil duit bagi anak isteri makan. Takpe ini hanya dunia....di akhirat esok...nantikan lah cerita lain pula, kes ni mat dah nak mula saman, tapi rasa macam buang masa dan tak kuasa nak bebankan fikiran dengan benda2 remeh. Dalam masa sama mat terfikir juga, tak sangka blog aku...dulu orang kata 2nd class and at the end ada juga yang sanggup curi hasilnya untuk mengaut keuntungan..itu lah dunia. Macam mana orang kita nak berjaya macam bangsa lain. Semua kerja nak senang, bab duit depa lah yang dulu, halal haram belakang kira....hmmm, yang berkenaan fikir-fikirkan lah... Ok kita semak resipi ni pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan terung pipit, dibersihlan dan celur sekejap, toskan
3/4 cawan isi udang
1 biji bawang besar, hiris kasar
3/4 cawan jus asam jawa atau secukup rasa
2 senduk nasi penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa (nak guna serbuk perasa pun ok)

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan jus asam jawa dan terung pipit tadi, kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  2. Masukkan udang, kacau dan masak hingga udang berubah warna. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 sampingan lain...

16 comments:

Sunah Sakura said...

lenkali watermark tu kena kasi besar2 sebesar gambar makanan tu..ggrrr...

Mat Gebu said...

@ Sunah - takpe lah..masa tu zaman jahiliyah pcm....

Iffah Afeefah said...

Harammmmmmm

laskar pelangi said...

kecur airliur dah tengok sini.....aduiiii

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam Cik Mat..masa tu cik mat tak pki watermark ke?LM takda watermark..pun..hehe.msh lg zaman tok kaduk

Mat Gebu said...

@ laskar pelangi - kann..tapi pcm makan lauk lain tadi, ikan masak kicap..hehe.

@ LM - adaa tapi watermark cikai2 je..dia orang crop dan guna gambar2 tu..huhu.

Rima said...

CM
watermark or no watermark.. same ajer.. if dia nak crop.. dia akan crop jugak.. ishhh :o(

I usually pakai terung pipit ni buat masak thai green curry.. tak pernah masak cara lain... one fine day harus ku try recipe ini.. tks! :o)

Mat Gebu said...

@ rima - yep kalau thai green curry pun mereka guna terung pipit..hmm rasa macam nak masak thai green curry pulak... ^__^

Abhamz said...

salam, sudah sampai masanya DTS dipaternkan....hak cipta terpelihara....

JIJI YU said...

sokong jgk cadangna abhamz

La dOLcE mEa_nAtt said...

Hye abg mat....suke sume resipi....lately ni kan dok ulang 2 3 kali review masak terung ni....kat umh sy ni cam susah dapat je...dulu arwah tok sy selalu msk ni...rindu masakan dia...

Zulfikar Hazri said...

aku setuju sangat mat...

aku memang pegang prinsip tu dari dulu...


blog aku adalah entry tentang pengalaman aku dan cerita aku...


aku tak suke copy paste.

Kalamhati said...

dah jd branding kot DTS ni che mat..huhu mmg dh tiba masanya utk buat copyright..=)

Niena Pengembara Ilahi said...

kt kampung saje panggil terung manggur... hehe, tak penah mkn masak cenggini

Kak Rose said...

mat, tinginnya nak makan terung pipit ni.... tanam tp x mo bebuah. bunga banyak la... terung jantan ker tp ada lak bunganya... banyak! hishhh...

Oh Oeya said...

Ermmm.. sekali lagi..?!!
Sabar ye CMat..

Wah! Masakan Bonda.. nampak sedapnya :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.