BEN ASHAARI

Wednesday, October 19, 2011

KEK PASTRY BUAH-BUAHAN..

rsz_dsc_3914
Selamat pagi Rabu semua, apa buat tu. Semalam dengan jayanya mat buat satu jenis kek yang amat2 menarik dan antara kek tersedap lah pada tekak mat selain "custard teacake" dulu tu. Kek ini buatnya tak susah dan unik. Resipi dah tentulah mat dapat dari blogger masak2 dari seberang tambak. Kalau sebut nama RIMA of Singapore, di sini, siapa tak kenal, dalam dunia blog masak2 nama beliau begitu sinonim dengan kami, hasil masakannya superb terutama kek, kek lapis, biskut dan macaroon. Mat tulis ni, bukan ada tujuan apa2, cuma menghargai masa dan penat lelah beliau yang pasti meluangkan banyak masa di dapur dan juga menyediakan prop untuk gambar masakan yang sempurna. Kalau pasal tertib ni, jangan lupa Puan Azlita, di sini. ..sorang lagi blogger masak2 yang pada mat hasilnya sungguh sempurna....penggsannn >__< Dia ni pun buat aku pengsan gak kadang2....grrrrr....


Tapikan sebelum tu, mat minta maaf pada Rima, sebab mat gebu derhaka serba sedikit, sebab ikut bahan2 yang ada di rumah. Kek ini rasa dia tak manis sangat dan sungguh2 sedap bila ianya dimakan bersama buah2 sebagai topping cake, yang turut dibakar sekali. Sebenarnya plan asal mat nak guna strawberry, peach dan kiwi..tapi akhirnya cuma ada strawberry dan mat guna orange dalam tin, dan juga nata de cocoa...erkk...derhaka tak hengat kan si mat tu..Tapi kan terkejut mat, sebab ianya sedap dan ala2 ngam gitu. Jadi tanpa berlengah lagi mat tulis resipi dia..Terima kasih sekali lagi pada Rima Of Singapore....Blog pilihan DTS hari ini --> di sini.

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram mentega, mat guna SCS
150 gram gula kastor (resipi Rima, guna 180)
3 biji telur, dipukul sedikit
60 ml susu cair*
1 camca teh bes minuman oren sunquick*(*disatukan dan kacau rata)
1 camca teh esen vanilla
210 gram tepung gandum
1 camca teh baking powder (mat guna double-acting BP)
500 gram campuran buah2an segar digaul dengan 2 camca besar gula halus( strawberry, blueberry, peach, kiwi, pisang atau apa2 buahan yang kurang berair)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak dan lebihkan sedikit kertas tadi pada kiri dan kanan tin. Ketepikan.
  2. Putar mentega, gula dan bancuhan susu + oren sunquick hingga kembang. Masukkan telur dan putar hingga sebati. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung + baking powder tadi, gaul rata.
  3. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Tabur buah2an atas permukaan adunan, jangan tekan, jika guna buah2an pelbagai warna, susun ikut kreativiti anda. Bakar 60 - 70 minit hingga kek masak. Kalau permukaan buah2an nampak perang tapi kek belum masak, tutup dengan aluminium foil dan bakar kek hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya. Ayak gula aising jika suka sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang...Selamat mencuba.
CATATAN MAT GEBU :- Resipi asal guna parutan kulit oren atau lemon dan juga sour cream/yogurt. Memandangkan mat tak de benda2 tu semua buat masa ni, mat ganti dengan jus bes minuman oren sunquick yang mat campurkan sekali ke dalam susu sejat sebagai ganti sour cream/yogurt....harap membantu...Terima kasih..

14 comments:

Sis-Lin said...

Mcm ala2 eskrem pun ye ek Mat...shedapnyaaaaaaaaa....

Vrooommmmmmmmmmm

Ms Ef Abas said...

Oleh kerana CMG kata ini adalah antara kek tersedap, jadi saya nak cuba buat (tak tau bila...). Nanti kalau menjadi kek ini, saya hantar laporan :)

CT Delima said...

Assalamualaikum Mat

Alahai..memang tergoda dah. tadi masuk blog Rima pun dah tergoda mcm2 kek dah terpandang. rajin dengan tidak jer kita kan..hehehe

insya'Allah akan dicuba resipi dari Mat dan Rima ni..thanks

JunAina said...

OMG! Saya penggemar kek tegar, mesti cuba tp tak tau bila...main oder-oder boleh?

JIJI YU said...

saya suke papa

Oh Oeya said...

Dah makin gian lama2 masuk dapur CMat ni.. Cumanya.. aku ini tak reti erkkk!

Ummi said...

Waaaaaaaaahhh derhaka x hengaaatt...! Tp sedap ekss...So leh pgil kek buah derhaka yg sedap...kaaannnn :))

Roses_Leo09 said...

kalau dah pro menderhaka mcmana pun mesti jadi kan che mat. Hiks .... hanim pun selalu menderhaka tapi hasilnya jangan cakap la tak menjdai punya. huhuhuhu ........

Niena Pengembara Ilahi said...

lapar secara tetiba

aimie amalina said...

weeeee
sama la dgn pakcik mat
kalo x de mende tu
ganti dgn sunquick jugak!
nyummy!
dapnyeeeee =]

Sue @ Nenie said...

Salam CMat...Menarik betul kejadian kek ni...boleh cuba gak ni..minta izin kopipes resipinya...

Nurul said...

Tengok kek ni... tergoda sungguh... nampak sedappp sgt ^___^

Ryo Azhar said...

ok..kek ni masuk 'takwim'...bahan lom ada..hahaha

ifa said...

wah sgt sedap..sy sgt minat memasak nie tp bab kek biskut tk pandai.tk menjadi.buat la ikut resepi pun hancur gak.he2...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.