SAMBAL GORENG JAWA....VERSI MAT GEBU

P1300930
Assalammualaikum semua, salam Syawal. Terlebih dahulu, mat minta maaf sebab amat jarang up entri masak2. Masa tak mengizinkan...ketat wooo. Ok hari ni mat nak share resipi sambal goreng jawa tapi versi mat gebu. Uikk, macam bagus je si mat tu, siap ada versi dia lagi..huhu, bukan bagus, tapi saja lah kan, nak kelainan. Sambal goreng jawa ni kira wajib sebagai salah satu hidangan sampingan dalam nasi ambeng. Kali ni mat letak petai sebagai penambah keenakannya, tapi bagi mereka yang tak makan petai, sila abaikan yea.. jangan letak. Mat guna udang segar sebagai salah satu bahan, kalau nak ganti dengan kupang pun ok juga. Kita semak resipi, bahan2nya memang nampak banyak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 tangkai kacang panjang, hiris serong
1 keping tauhu keras, didadu, goreng dan toskan
2 keping tempe, didadu, goreng dan toskan
50 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
1/4 bahagian kobis bulat, hiris
3 papan petai, ambik isinya
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
1 biji cili merah, hiris
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang puith, hiris
1/3 cawan isi udang
1 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
2 camca besar jus asam jawa
1/4 cawan pati santan
3 camca besar kicap manis
2 camca besar penuh cili kisar
Garam secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serai dan lengkuas hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing. Masukkan udang dan masak sekejap. Tambah kicap manis, santan dan jus asam jawa, masak hingga pekat, gunakan api kecil.
  2. Masuk tempe, tauhu dan juga fucuk (toskan). Gaul rata dan tambah sayur kacang, petai, kobis dan soo hoon (toskan), gaul rata. Masak hingga kering, tambah cili hiris dan juga garam secukup rasa, jika perlu. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...








Post a Comment

12 Comments

  1. dapat bayangkan keenakkan rasanya bila ditekak.. hehehe. temper wajib tu.

    cik mat jgn ketat2.. muka kasi senyum ya.. hehehhehe GURAU.

    ReplyDelete
  2. memang sedap ni...terima kasih ya ...rindu dah nak resepi baru ni...

    ReplyDelete
  3. bubuh petai yg best tu.
    tambah berselera ...

    ReplyDelete
  4. Kita kan ada versi masing-masing. Ok la tu, ni versi Cik Mat.
    Nice ;)

    ReplyDelete
  5. salam Mat,
    masa saya diperkenalkan dengan masakkan ni.. terus saya jatuh cinta sampai sekarang..

    Pang LIMA yang sebenar | Semekar Kasih

    ReplyDelete
  6. x pernah makan pon sambal ni Pak Cik Mat..huhu..al maklumla,bukan orang jawa..

    ReplyDelete
  7. Morning CMG...Happy Eidulfitri from...Shah,Firdaus and Akbar and me of coz...Thank you for inspiring my Ramadhan fare...huya...Happy Eidulfitri to you and your family ..and may Allah bless each and everyone...always...huya...tata.

    ReplyDelete
  8. Kebetulan, Mak saya masak jugak Sambal Goreng Jawa harinee.. Minus kacang panjang (^_^)y

    ReplyDelete
  9. waaaaaa.. rasa cam nak masak untuk berbuka harini.. :)

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Raya MAT maaf zahir & batin. Sedapnya masakan. Hurgghhh...:)

    http://batulesung.blog/ spot.com/2011/09/gedix2-raya.html

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.