BEN ASHAARI

Monday, September 5, 2011

GULAI NENAS IKAN MASIN GAYA JOHOR

nenas ikan masin
Salam tengah hari..waaa tegangnya urat betis ku, aduhh, pestime ni rasa urat betis tegang, rupanya tak bess kan sakit betis ni...tak pe, dah urut malam tadi, sat lagi ok kot. Kali ni nak share satu resipi yang mat masak masa kehadiran Sis_Lin and the geng tempoh hari. Ni cuma masak gulai nenas dengan ikan masin saja, tapi ada lah sedikit kelainan dia. Kang ada pulak yang tanya pesal "Gaya Johor"..plak?. Sebab...sebab...hmm, sendiri tengok lah nanti resipi dia. Gambar masakan ni, bukan mat ambik, tapi ehsan dari En. Azman Ahmad...terima kasih abg burung...dia ni ni blogger juga. Resipi seperti berikut...(anda agak2 lah yea nak masak banyak mana..)....Sambil tu apa kata kita hayati dulu entri ini......terima kasih....

BAHAN-BAHANNYA:-)
2 biji nenas madu, kupas dan hiris
10 ketul keratan tulang ikan masin kurau, rendam 20 minit
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
4-5 biji cili merah
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan tulang ikan kurau masin (toskan), bahan kisar, serai titik dan didihkan, kemudian masukkan nenas, gaul rata2 dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih dan kecilkan api. Masukkan asam gelugor dan renih hingga nenas lembut sedikit.
  2. Tuang pati santan dan masukkan daun kunyit. Biar mendidih dengan api kecil. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap dan kacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.

7 comments:

aimie amalina said...

heeee
macam masakan owg minang ye pakcik mat...
sedap2 =]

Sis-Lin said...

Mmmg sedap gilerrrr...sampai hirup kacau Mak Yah makan lagi kat dapo..kekekekekek :p

Ainul Hayat said...

Dah lama tak buat gulai nih. mmg setappp

JIJI YU said...

ape beza ek yg johor ngn yg kelantan

CitarasaKu said...

Nampak sedap sangat sampai terliur dah ...

Junie Octovian said...

Mat!! I loike.....terliur sudah!

ninie said...

Salam CM,

kalau pakai santan kotak menjadi tak?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.