CEKODOK UDANG DI KALA HARI HUJAN...

rsz_dsc_1894
Salam semua, hujan sini, sejuk tapi bukan lah hujan lebat, cuma renyai2 manja. Pagi tadi kan mat masak nasi lemak..licin dah, syukur alhamdulillah. Petang tadi untuk minum petang, terbuat pulak cekodok udang..gatal?..Tak de masalah, ubat gatal kan adaaa, sila lah makan selepas itu. Kalau ikut2 kan malas juga nak buat cekodok ni, tapi bonda bersusah payah kupas kulit udang semalam, udang pulak jenis yang halus tu..aduh, jenuh, nasib baik sikit. Petang tadi operasi membuat pun berjalan dengan lancar....

rsz_dsc_1941
Bila siap boleh lah makan dengan sos pilihan anda atau sambal tumis kerang yang macam mat buat sebelum ni. Mat buat dalam 2 1/2 cawan tepung gandum, kira banyak juga tu, anda kalau nak buat, pandai2 lah oter yea. Selalunya bancuhan cekodok ni, kita agak2 saya, tapi untuk yang ini mat letak satu biji telur dan 1/2 camca besar baking powder. Satu lagi, perihal baking powder, mat guna jenama "ROYAL". sebab ini keluarga kami sudah menggunakannya sejak sekian lama, zaman bonda mat anak dara dulu dia dah guna BP jenama ni....Ok jomm buat cekodok pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar baking powder
1/2 cawan isi udang
1 pokok daun sup, hiris
1 biji bawang besar, dadu
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
Garam secukup rasa
1 biji telur
1 3/4 cawan air atau secukupnya
Sos pilihan sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos pencicah dan air. Gaul rata dan tuang air dan adun hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu pekat atau cair. Biar sekejap.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Sudukan 1 camca besar adunan tadi dan biar hingga masak. Mat buat dalam kuali dan buat dalam 10 - 12 biji sekali goreng. Bergantung pada besar kuali.
  3. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda atau sambal tumis. Selamat mencuba..

Post a Comment

4 Comments

  1. fengsaaannn tgk cekodok tuu..terliurrr beb!!=D

    ReplyDelete
  2. alah, dah lme tak mkn cucur...
    kempunan tahap mega ni...huhuhu :(

    ReplyDelete
  3. tak penah lak buat cekodoks letak telur... hmm.. bole cuba nih

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.