BEN ASHAARI

Tuesday, August 23, 2011

SAMBAL TERUNG UDANG KERING..

P1300795
Salam petang semua, plan berbuka apa ni hari, diam tak diam seminggu lagi nak beraya kan, dah siap buat persiapan?... Rasa2nya nanti mat kurang sikit lah letak entri, sebab kerja lain pun dah mula menunggu. Rumah pun macam kapal kargo nih, penuh barang, bersepah..hadoi, tatau mana nak letak dahh..pening pala. ok petang ni nak share satu masakan mudah sangat, dan mat suka yang macam ni makan dengan nasi hangat pun dah memadai, ada ikan goreng lagi lah bess. Sambal terung ni mudah saja nak buat, mat guna 1 biji terung biru. Sekarang ni kan, terung biru yang panjang tu saiz dia, kus smangat, kan main besey2 lagi, kalau dulu semetot siaaa. Ada tu sampai terkejut tengok. Tapi dari segi rasa lah serius cakap, terung sekarang not as good macam zaman dulu2...hmmm.. Ok lah semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji terung panjang
2 helai daun limau purut
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
3 biji cili merah*
4 biji cili padi*
Secubit belacan*
1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dibuang sedikit kulitnya, hiris serong sederhana tebal dan rendam dalam air bergaram selama 5 minit. Toskan dan lap kering, gaul dengan sedikit garam dan goreng terendam hingga lembut tapi tidak lembik. Angkat, toskan dan letak atas paper towel. Kemudian susun terung tadi dalam bekas sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masuk daun limau purut dan tumis hingga garing. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Tuang jus limau kasturi, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Ratakan sambal atas terung tadi, hidangkan segera...


8 comments:

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaahh..i liiikkee..liiikeee.... liiikkeee...biarpun angin satu badan nnt...hahahhaa

hyazz said...

yum yum...bess nyer...aii suker nih...

Oh Oeya said...

Terung Atasi Masalah Kolestrol (by berita harian) heheh..

Choopp!! Lepas tuang jus limau kasturi, kacau daaaannn 'jangan rasa' puasa kui3.. gurau C'Mat..

Simple resepi ni.. mesti best!

Lily said...

wohoooooooooo suke! esok nk buat ;)

Iffah Afeefah said...

apapon sedap je nmpak

Amie said...

mat... kita suka terung tu...manis, terung taiwan tu...sedapnya!

JIJI YU said...

wohooho..mau muntah makan terung cenggitu je

Mama Miraki said...

sambal terung...pebret i tu.......nyum...nyum...