BEN ASHAARI

Thursday, August 18, 2011

SAMBAL TELUR PECAH....KUSS SEMANGAT!!

P1300710
Salam petang semua, waaa lepas entri cendol tadi, kali ni share pulak entri senang dan mudah, bila buat sambal telur pecah ni ingat kan jiran mat. Ni mat masak semalam sebenarnya, tapi baru masukkan entri hari ni. Mat buat 4 biji. Masak ni senang dan rasanya sesuai masa bersahur juga. Yang penting telur tu kena masak dengan api kecil dan sambal perlu sedikit berkuah dan biar masak hingga pekat dan telur mengeras. Sedap dimakan bersama nasi panas, kalau makan dengan nasi lemak pun sedappp.. Intro tak leh panjang ni, sebab ada keje lain..jadi jomm kita semak resipi yeaa....Jommm...boleh masak untuk berbuka petang nanti okeh..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
1 biji bawang besar, hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
1/2 inci halia, dititik
1 cawan air
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus dan halia hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tuang jus asam jawa dan masukkan sedikit garam dan gula. Tuang air, kacau dan biar mendidih.
  2. Perlahan kan api pecahkan telur satu persatu ke dalam kuali, pastikan ianya tidak bertindih antara satu sama lain. Biar masak perlahan hingga telur mengeras. Masukkan hirisan bawang besar dan tambah garam jika perlu. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...





17 comments:

Oh Oeya said...

Kusss semangat!

Menggoda betol!

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

memang sedap!!!

MiSs NoRmaLa NorFiqZ said...

kusss semangat...memang menyelerakan

Ummi said...

Waaaaaaaaaa..kalau anak2 akak dapat lauk ni...confirmed kena tambah sukatan beras lgk bila masak...hahahhaa, sempoi tp plg lakussss...!

Junie Octovian said...

Kusss semangat! Tanjat Kak June...

kakchik@ella said...

Heeee .. kalau dpt kat kakchik ni, confirm nasik bertambah2. Terus gebu. hihi

MerLe said...

antara mknn fav adik..huhu~..sodap~

Iffah Afeefah said...

erm sedap2

Famili Ceria said...

pergh...menyelerakan...bagi sikit Mat Gebu...

Entri Menarik Di Sini:
1)Menarik!! Impian Wanita Zaman Sekarang
2)Octove.com Bagi Hadiah Iphone 4
3)Faktor Kegagalan Pelajar Universiti

Yatie said...

uwaaaaaa....mmng sedap sambal telur mcm ni,kegemaran kami sekeluarga...akak kalau masak maunya kena lebih...yummyyyyy..

Sis-Lin said...

kalau amat kang..dia mntk telur tu biaq goyang ...hehehehe

JIJI YU said...

tak pernah jumpa benda ni

Muslimah Optimis said...

sambal telur peberet kite.. tapi kite suka yang goreng punye..hihi..xpon kalo nak buat untuk makan sepinggan je kite suke buat sambal telur hancur..hihi..kuah kering.. orang malas punya masakan..haoho

||aLeaSaRa|| said...

owh sahur semalam kite buat nilah!bgn kul 4.30 mata kuyu dan otak blur,pdg kiri pdg kanan nampak telur!

apalagi kite masak macam resipi kat ataslah,mudah,rgks dan sedap.cuma kite tak letak belacan pulak.next time nak cubalah resipi ni pulak

Fiza Nordin said...

telo merah yg lembik kebek ala goyang2 inul tu yg buat aku urut dada che mat...mmg kusssss semangat sungguh!!!!

Mat Gebu said...

@ fiza nordin - haaa ahh...sama lahh, seksi sangat kann...

tinazain said...

ni kegemaran kami sekeluarga Che Mat :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.