BEN ASHAARI

Tuesday, August 2, 2011

RESIPI SAMA,, BAHAN TAK SAMA, GATAL SAMA...

P1300289
Salam malam semua, aduhh, ni hari bz lah, siang tadi tatau lah kenapa jadi sibuk sesangat, macam kerja tak sudah, dah lah panas kan. Hari ni mat masak yang lite-lite saja tapi 2 jenis. Siang tu mat keluarkan sotong, puas fikir nak masak apa, sekali mem besar bagi tau masa senang je, suruh tumis air dengan kobis, lepas tu goreng ikan masin. Aduhh, macam tak percaya. Punya suka sebab senang kan.. Tapi masalah juga mat kan alergi sotong...huhu, tak pelah kita ambik udang pulak, yang tu kena lah masak lain tapi dalam rupa yang sama...

P1300285
Yang udang ni kalau ikut kan gatal juga tapi tak se power ranges sotong itu, kali ni mat masak petola tumis air dengan cendawan. Petola tu jiran belakang ni bagi. Yang ni baru mat makan, sebab ok, tak berapa nak gatal. Bila berbuka puasa ni, sedap makan yang ringan2 je kan, sup2 macam tu. Tapi tekak ni ada kala nak juga makan yang berempah, yang hangat dan pedas. Ok lahnak ke mat share resipi, ni senang je nak masak tau...haaa, ok lah tulis gak lah kann...

TUMIS AIR KOBIS DENGAN SOTONG....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 bahagian kobis bulat saiz sederhana, potong kasar, cuci dan toskan
4-5 ekor sotong saiz sederhana, cuci dan potong kecik,toskan
1/2 cekak soo hoon, potong pendek dan rendam
3 ulas bawang putih, dititik
5 biji bawang merah hiris
800 ml air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa
Secubit gula
Serbuk lada hitam secukupnya
Hirisan daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang putih dan bawang merah hingga harum. Masukkan sotong kacau dan tuang air, biar mendidih.
  2. Masukkan kobis dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak hingga kobis lembut. Masukkan soo hoon (toskan) dan juga serbuk lada hitam secukupnya. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng jika suka...

TUMIS AIR PETOLA, CENDAWAN DAN UDANG...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola, siang kulitnya, cuci dan potong pada saiz sederhana.
6 kuntum cendawan tiram, belah dua, cuci dan toskan
1 batang leek, kerat dan rendam
1/2 cekek soo hoon, kerat pendek dan rendam
10 ekor udang bersaiz sederhan, kupas, cuci dan toskan
700 ml air atau secukupnnya
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
Garam secukup rasa
Secubit serbuk perasa
Sedikit serbuk lada hitam
Hirisan daun sup untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan leek (toskan) dan kacau rata, tambah udang dan masak hingga udang bertukar kaler. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
  2. Masuk petola, cendawan dan juga soo hoon, tambah garam secukup rasa, serbuk lada hitam dan secubit serbuk perasa, jika guna. Biar mendidih perlahan hingga petola lembut sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat sambal belacan dan ikan goreng...

7 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

sama sama pok cik mat tek berapa gebu ^^

Oh Oeya said...

Selamat pagi C'Mat..
Macam2 nama resepi C'Mat.. tapi bukan senang kan nk beri nama pada resepi :)

Share cikit link ini dengan 'jawapan sebenar' di ruang comment :-)

http://ohoeya858.blogspot.com/2011/08/salmon-butter-lemon-resepi-siapa-ni.html

azila said...

make sure minyak cap kapak masih ader stok en mat kalo nak mkn tu..heheh

CA said...

Salam ramdhan en.Mat..

Beh apaa menu wingkas camni.Ala2 masak bening gitu.....kalo makan nasi buh kuah dia banyak2...buh ikan masin...pehtu hiruppp kuahhh dia..ya ammpunzzz..nikmat je.. >_<

Iffah Afeefah said...

jiran bagi ke kak limah pcm wakaka

eliyaezlinalias said...

cikmat, apa alternatif utk leek tu eh...tatau mana nak cari leek tu..

Isteri Encek Bard said...

hihihihi wahhhh asal siang je bukak blog CMG... lapor jadinyer

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.