PASTA GORENG MUDAH SANGATTTTT!...

P1300741
Salam semua, selamat pagi...Bersahur apa pagi tadi?..Eh tak sampai 2 minggu dah nak raya..wawaa...kena siap2 nih, kukis pun lom siap lagi, orang lain berderet dah, aku berderet gak, bekas kosong..erkk..releks, jangan stresss buat ikut kemampuan kita kan, jangan kerana nak jaga nama, sampai kita paksa diri melakukannya. Apa2 pun dalam hidup perlu ada sifat kesederhaan, wahh macam bagus jee mat gebu. Ok lah nak share resipi sarapan pagi, erkk yelah ada gakkan yang tak boleh puasa tu, terutama, akak2 kan. Pasta ni mat goreng semalam, jenis pasta ikut jenis yang anda suka, nak guna makaroni pun ok, kalau yang mat guna ni kita panggiil panne. Masak dia mudah dan senang, nak tambah sayur sedikit pun ok juga dalam dia. Ok mat tulis resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram pasta panne, rebus hingga lembut, toskan dan simpan sedikit air rebusan
1 keping daging burger ayam Ramly, dihancurkan
1//4 bahagian traffic light capsicum (red, yellow, green) didadu
2 biji tomato masak ranum, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos tiram
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang
1 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca besar kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar, tomato cincang dan bawang putih hingga layu. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan sos tomato dan sos tiram serta kicap pekat. Kacau rata dan masuk serbuk jintan manis, masak sekejap dan tambah daging. Kacau rata dan tuang 1/2 cawan air rebusan pasta tadi. Biar mendidih.
  2. Masukkan pasta dan juga traffic light capsicum tadi. Gaul rata dan masak dengan api sederhana. Tambah garam, secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan..

Post a Comment

6 Comments

  1. pasta mmg sedap goreng2

    simple je

    erkkk minyak zaitun tuuuuuu

    ReplyDelete
  2. w/pon simple nengok jer dah nampak sedap n meleleh air liur ni. time sahur mkn simple2 jer lebih menyelerakan....

    ReplyDelete
  3. Sedap2 tu CMG nak buat le kat Ulu Kingdom ni

    ReplyDelete
  4. Oh! Pasta.. my feberet..
    Simple resepinya dan nampak sedap laa C'Mat :)

    ReplyDelete
  5. petang nih buat... boleh share apa rasanya kan?

    hehehe

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.