BEN ASHAARI

Saturday, August 13, 2011

KANGKUNG BELACAN UNTUK BERSAHUR..

P1300559
Salam 13 Ramadhan semua, sahur apa pagi tadi....erkk "rokok"..OMG...sabau jeee lah. Mat pagi tadi makan biasa je lah, tapi sahur awal sikit dalam jam 3.45 pagi macam tu. Kali ni nak share masakan ringkas yang mat suka, cuma sejak2 ni kan kurang lah makan kangkung, sebab ianya sayur berunsur sejuk, nanti sakit sendi wooo, maklumlah dah tua kan. Tatau lah bila nak mula buat kuih raya, rasa macam tak berapa rajin lagi, tapi esok lusa ok kot, yelah barang baking dah melambak beli, beratus duit habis dah, takkan nak tengok je kan...hmm apa2 pun kita tunggu dan lihat nanti. Pagi ini mat dikejutkan dengan suara seorang blogger yang menjadi imam untuk solat terawikh, di blog seseorang, nak dengar? klik sini....lepas tu kan..kan nak tau sapa kah itu orengg, dia kerap tinggal komen kat n3-n3 mat, kira bakal menantu pilihan nihh...pstt sini, kalau nak tau sapa...Oh yea thanks juga untuk Miss Ran si ratu pecut, untuk info tadi...Kita semak resipi pulak yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak kangkung, asingkan dari tangkainya, siang berasingan, cuci dan toskan
1 genggam isi kerang (optional)
1/2 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa (mat guna sos ikan)
Sedikit air
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 biji cili hijau*
3 biji cili padi*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan sos tiram dan kerang. Kacau rata, biar masak sekejap dan masukkan sedikit air dan sedikit sos ikan. Tambah batang kangkung, kacau dan masak hingga sedikit lembut.
  2. Masukkan yang bahagian daun pula, kacau dan masak dengan api besar, rasa dan jika kurang masin, tambah sedikit sos ikan. Matikan api, rasa dan jika ok boleh alih dalam bekas sesuai. Hidangkan segera...

8 comments:

JIJI YU said...

blogger tu pandai masak megi..

Iffah Afeefah said...

huhu

jiji ade pminat huiiishhh

Azreen Zunairah said...

pagi2 bukak blok pakcik mat gebu..terus terliur balik !! ahhh

syira_88 said...

sedapnye! perut terus berkeroncong tgok..heheh :)

Arbi said...

siap ader kerang lg....

WaniGhani said...

waahh...pestime tgk kangkung belacan letak kerang..konfem gatal berganda lah kalau saya makan...but still it is always be my fav!

CMG boleh tanya sket? saya buat rich choc pudding smlm...tp jely konyaku (xsure ejaan)saya terbeli paket besar...ingat ada paket kecik2 kt dlm..skali besar punye. dah tak reti nak agak sbb xpnah pakai.saya guna sesudu tak jadi.boleh CMG advice nak pakai berapa sudu? saya xde timbang nak timbang 10g...huhu

Cik Sara said...

OMG..Even ia hanyalah kangkung, bila dok jauh dari ghumah itulah yang diidam2kan untuk makan..heee..

Isteri Encek Bard said...

waaaaaaaaaaaaa kangkung belcan ada kerang

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.