BEN ASHAARI

Saturday, August 20, 2011

IKAN MASAK CUKA...LAUK SAHUR TADI...

P1300764
Assalammualaikum, salam 20 ramadhan...10 hari lagi nihh nak raya, insya allah jika dipanjangkan usia kan. Ok kali ni nak share lauk sahur pagi tadi...sedap pulak makan lauk macam ni pagi2...ulam dengan cili padi, makk aiii..berasap telinga. Mat guna ikan kapak, tatau pesal tekak ni rasa sedap sangat makan ikan kapak, kalau guna ikan tenggiri, bawal atau kembong pun sedap. Nanti naj try guna udang plak, rasa2 kena tak eks?. Masak ni cepat tau, kalau nak senangkan ikan goreng dulu sebelum anda tidur, then pagi2 tu bangun terus masak cuma, sedap dimakan panas bersama nasi panas...Ok lah kita semak resipi pulak yeaa..NANTIIIIIIIII!!..Sebelum tu, jomm kita jelajah satu benda baru...kalau nak daftar boleh klik sini....Jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kapak, kerat 2 setiap satu cuci bersih dan toskan*
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*digaul rata dan perap sekejap)
1/4 bahagian traffic light capsicum (red, green, yellow), didadu
1 biji bawang besar, belah 6
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia muda, hiris
2 camca besar cuka makan (mat guna jenama Jalen)
Garam dan gula secukup rasa
1/3 camca teh serbuk kunyit
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tadi digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan ketepikan. Tinggal sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, halia, bawang putih hingga harum, masukkan serbuk kunyit, cuka dan gula, kacau rata. Tambah air dan biar mendidih.
  2. Masukkan traffic light capsicum, leek dan juga ikan. Gaul rata dan tambah sedikit garam, Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panass bersama nasi...

3 comments:

Iffah Afeefah said...

msk cm bese cume taruk cuka

cm best je ni onyang

JIJI YU said...

nak suh kasi rasa masam ke

nonierahman said...

suka ikan goreng cuka.betul2 buka selera..pluss mkn dengan nasi panas2..terbaek!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.