GULAI PEDAS REBUNG....WAAAA!!

P1300774
Salam morning....wahhhh 9 hari lagi.....tak lama dah, tapi tu pun kalau diizinkan Allah swt. Mesti ramai dah yang mengukis. Mat pun ada juga buat sikit2, tak delah banyak mana. Tahun ni mood memang tak berapa bes, semangat pun tak berapa nak ada.....mendatar siaaa, tak berapa excited, hmmm..bukan nak rasa macam tu, tapi semulajadi rasa macam tu. Berusaha dah untuk rasa lebih seronok, lebih teruja, tapi ianya tetap sama. Takpelah, cuma perasaan sahaja kan. Mat pun tatau dah apa lagi nak cerita. Kita lihat resipi saja lah senang. Gulai ni pun rasanya dah letak banyak kali kat DTS. Mat masak gunakan rebung buluh betong...Ok semak resipi yea. Ada satu fenomena aneh berlaku sejak2 puasa ni..cer tengok sini...memang anehhh...penggsann >_<

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg hirisan rebung segar (mat guna rebung buluh betong)
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1/2 cawan isi udang (nak guna udang saiz besar pun ok)
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
25 biji cili padi kampung, kaler hijau
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebung dicelur selama 5-6 minit, Mat tambah air kelapa dalam nya (air kelapa dari kelapa yang diparut untuk memasak gulai tersebut). Toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama serai titik dan isi udang serta bahan kisar halus. Gaul rata dan masak atas api sekejap.
  2. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor. Biar mendidih sambil dikacau sekali sekali. Bila rebung lembut, tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan dengan api sederhana.
  3. Masukan daun kunyit, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.

Post a Comment

6 Comments

  1. ya ampunnn sedapnya.. petang ni nak buat la..

    ReplyDelete
  2. mieza tak pernah makan rebung seumur hidup mieza sbb mieza tak tahan dgn baunya..tp di hati sentiasa ingin menjamahnya..mesti rebung abg mat sedap kan..:) selamat berpuasa :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.