BEN ASHAARI

Friday, August 19, 2011

ASAM PEDAS PEKAT IKAN PARANG.

P1300754
Salam petang semua, nak share lauk asam pedas ikan parang(sah boring gileerr kann) Orang Johor suka makan ikan parang, walaupun banyak tulang, ianya tetap menjadi pilihan. Dagingnya halus dan lemak. Cuma kalau nak makan perlu xtra-xtra care kata omputeh, kena dok kat lampu terang. Tulang dia berselirat. Tapi kan kalau belo sekor, ikan ni, sebelum siang tu anda pegang bahagian kepala dan ekornya dan rentap sekali, ini akan melonggar kan tulang2 dalam ikan parang tadi, jadi bila nak makan mudah lah tanggal dari isinya. Selain masak asam pedas, sedap juga di masak kicap, atau dibuat singgang. Harga dia ada sikit mahal lah, tapi nak makan sekali2 apa salahkann.Selalunya mat letak sawi jeruk. Kalau nak letak terung atau bendi pun tak de masalah. Ok jom semak resipi dia..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping ikan parang, cuci bersih dan toskan
3 kelopak sawi jeruk, potong dan rendam
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 1/2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus dan halia titik hingga harum, masukkan cili kisar dan serbuk kunyit, tumis dengan api sederhana hingga garing. Tuang air secukupnya (jangan banyak2, nanti tak pekat), kacau dan masukkan jus asam jawa. Biar mendidih.
  2. Masukkan sawi jeruk dan ikan tadi, masak dengan api sederhana. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan semasa berbuka puasa. Hmmmm..

13 comments:

Junie Octovian said...

Yes Mat! Sama la kita hari ni...

RaraPuing said...

sedapnye sama macam mak kita masak ..adoii tibe2 tringat kat mak uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

JIJI YU said...

hari ni kita try wat ikan siakap steam

AZLYA AZLIYATIE.......... said...

hi...en mat...blh tak siarkan resipi jejari coklat...gambarnya ader tapi resepinya tak jumpalah...

Mat Gebu said...

@ azlya - ok nanti malam saya letak n3 tu yeaa..

Iffah Afeefah said...

mmg pekat

ni mesti ats pemintaan kn onyang

Mas said...

perhhhhh...pekat likat asam pedas tu.....
mebgeliurkan betoiiii....

aimie amalina said...

maaaak aiii
mang terlebih peveret ni..huuu

Zulfikar Hazri said...

aku kalau asam pedas aku suka 3 ikan..

ikan sembilang, jenahak ngan ikan parang...

tulis komen pun dah telan2 air liur..

Rahel said...

mmmm...tak terkata...

Rima said...

Gd Morning Cik Mat
Sure tengah tido kan.. nanti kejap lagi nak bagun sahur.. i am still wide awake dahhh

Cakap pasal ikan parang.. my mom memang fav this ikan.. she usually masak asam pedas or goreng ikan tu.. kadang she buat asam rebus nenas.. eh eh dah lama betul tak makan asam rebus nenas

Amie said...

sedapnya asam pedas ikan parang tu mat... di Sabah tak jumpa ikan itulah mat... ni tak sabar nak balik kampung nak cari, nak masak, nak makan juga ikan parang biar time raya nanti orang sibuk makan ketupat & rendang... hu hu huuu

Norsa'adah Ahmad said...

orang Johor memang suka asam pedas ;)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.