BEN ASHAARI

Tuesday, July 5, 2011

SOTONG REMPAH KURMA....HAPPY BIRTHDAY "MAMA ZIEZA".

P1290646
Salam Selasa, hmm waktu ni kadang2 ibarat air mengalir deras, tau2 dah masuk hari ke - 5 setengah tahun kedua 2011, jika dipanjangkan usia, tak lama lagi kita akan menjalankan ibadah puasa pulak..syukur atas nikmat dari Allah swt. Mat hari ni masak simple je, mood tak bagus, bukan sebab marah sapa2, tapi mulut sakit lah, lepas tu badan panas, harap2 jangan lah demam kan. Ulser tu dah ok sikit, tapi tadi pagi mat belek2 dia ada satu lagi kat bahagian dalam bibir berhampiran gusi...wahhh terus rasa geram, sabar2...mat sapu ubat gigi cengkudu, jiran mat pesan suruh kumur dengan listerin. Malas nak cerita pasal resipi sotong ni, sebab mat kasi masak siaa, makan tak boleh, huhu..gatalll leerrr!!...arghh..stress okeh!. Terima kasih juga pada mereka yang prihatin..i lep u all...haha. Dah terlanjur ni kan, mat nak ucap juga lada pada......

(Gambar Ehsan Gooogle)

Teman masak2 sapa lagi kalau bukan Mak Engku atau nama Blogger dia "Mama Zieza"..Sweet je Mama ni, jangan tatau kan maa, kalau tak, mana kan pak engku cinta gilerrr kat mama..perghh!! Pengsann >_<. DTS-MAT GEBU ucapkan selamat hari lahir pada mama, moga diberkati Allah sentiasa dan menten ayu, cergas dan bertenaga...yeahhh!!!...Mama Zieza bolehhhh!!!...haha, sebab mama ni Melaka mari, meh sini mat gebu kasi satu pantun..

NYAMAN PETANG DITIUP BAYU,
PANTAI BEROMBAK ADA PERAHU,
USIA BERTAMBAH TAPI TETAP AYU,
ITULAH MAMAZIEZA KALAU NAK TAHU.

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram sotong saiz sederhana, siang, cuci bersih dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 keping hirisan nipis halia
1 biji cili merah, hiris
1 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DISATUKAN :-)
1 camca besar rempah kurma (mat guna jenama adabi)
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 inci halia*
1 biji cili hijau*
2 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong tadi digaul bersama bahan2 yang "disatukan" dan perap 30 minit. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang putih, halia dan juga cili merah, bila layu, masukkan sotong dan gaul rata.
  2. Masukkan hirisan bawang besar, kacau dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak hingga pekat. Perahkan jus limau kasturi, kacau dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera..

11 comments:

Sunah Sakura said...

cantiknya gambar tu pcm...

dan sedapnya sotong tu pcm...

dan kesiannya pcm...

:D

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ said...

sedapnyeee...

suhaila-ab said...

makcik ambik resipinya yep..nak masak buat buka puasa...

Sari Yusa Ibrahim said...

ruginya hanya memasak & melihat sahaja... hehehe.. sodap nih! sodap nih! rugi... rugi.... kih3

fazilzura said...

wahhh sodap nye menu ni CMG ...

* hapy besday to mama zieza

zuwaidah said...

mat, ce try letak garam kat ulser tu....larikkkkkkkkkkkkkkk

JIJI YU said...

epy besdea mama2...

aDda said...

pak cik mat gebu ade x resepi asam pedas johor... kalau kat kedah letak belacan tp rasenye kat johor xletak belacan kan...kan...

Cahaya Cinta said...

bestnya , nak cuba lah..^^ thanks atas prkongsian.

Sis-Lin said...

Aku nak try buat le nanti guna rempah Maggi..hahahahhahaha..

Hepi besday mama Mieza.... :)

mama liza said...

sedapnya.... simple n nak try la jap lagi.....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.