BEN ASHAARI

Friday, July 15, 2011

SANDWICH SALAD AYAM....LAGI!..

P1290866
Salam pagi Jumaat, huhh, blurr nak masak lah, ni hari goreng telur mata kobau sudah lah kan. Pagi ni sarapan sandwich salad ayam lagi, tapi ayam takde mat guna nugget ayam dalam 2 ketul macam tu, ni untuk 1 sandwich sahaja..Malas nak buat banyak2. Tu pun mat kerat 4 bahagian, jadi comey2, kalau budak2 pun sesuai ni. Sebenarnya anda boleh pelbagaikan isi dia, nak guna udangpun ok (tapi celur dulu lah sekejap). Hmm, tulis ringkas je lah hari ni yea...Sebelum tu, anda tau sejarah Dapur Tanpa Sempadan - Ben Ashaari?..Haa tatau?, klik sini, nanti boleh tau macam mana kami boleh kenal dan berskandal sampai sekarang, okeh....Jomm semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping roti sandwich (mat guna roti gardenia)
2 keping nugget ayam, Ayamas, goreng, toskan
1/2 biji bawang holland, cincang halus
3 helai daun bawang, hiris kecil
1 camca besar mayonnaise
1/2 camca besar sos thousand island
Sedikit serbuk lada hitam
1 keping cheesedale
sedikit minyak zaitun

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nugget ayam dipotong kecil, masukkan ke dalam mangkuk bersama bawang, hirisan daun bawang, mayonnaise dan sos thousand island, kacau rata dan tambah sedikit serbuk lada hitam.
  2. Letak atas sekeping roti, lapis dengan cheesedale dan letakkan sekeping roti atanya. Panaskan non-stik pan dengan sedikit minyak zaitun, bila pan panas, berhati2 letak sandwich tadi. Kecilkan api dan masak hinga roti kuning keemasan dan sedikit garing.
  3. Terbalikkan dan masak hingga permukaan satu lagi sedikit garing. Angkat dan kerat 4 bahagian. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang.

11 comments:

H.J said...

mat memang bikin buat orang yang baru bngun tido meleleh.haha

JIJI YU said...

tak sarapan lagi ni papa...huuuuuu

Niena Pengembara Ilahi said...

erm.. best nye sarapan pag uncle mat ni :D

tpi arini pepagi dh makan nasi lauk kerutuk kambing :D

Munna said...

alahai sedapnya! isy isy isy....

CT Delima said...

As'salam Mat

sedap ni, semua bahan2 ada kat dapur. cuma bawang holland jer tak ada stok. Guna bawang biasa okeylah kan :D

Sunah Sakura said...

saya sarapan kek gula hangus je tadi pcm~

Mieza said...

Che mattt sedapnya sandwich ni..nak sekeping nak wat buka posa :)

Sari Yusa Ibrahim said...

CM, telur mata kerbau tu kalu jadi nanti mkn ngan smbl belacan, perghhh!! jgn lupa kicap manis kipas udang ya..

aizura said...

yer lah w/pon nmpk simple tp cukop wat say terliur... hahahha...
blom pernah try lgi nih... nie hidangan mesti cobe ni..

aizura said...

yer lah w/pon nmpk simple tp cukop wat say terliur... hahahha...
blom pernah try lgi nih... nie hidangan mesti cobe ni..

Iffah Afeefah said...

papa ben tak msk hari ni

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.