BEN ASHAARI

Sunday, July 31, 2011

SALAM RAMADHAN.....LAUK SESUAI BERSAHUR.

Salam malam semua, ini entri terakhir bagi bulan Syaban sebelum kita melangkah ke bulan Ramadhan esok hari. Diam tak diam dah nak mula puasa. Sempena menyambut Ramadhan Al-mubarak ini, DTS-MAT GEBU menyusun 10 jari, memohon ampon dan maaf pada semua pengunjung blog ini. Jika ada terkasar bahasa, terlepas pandang dan tulisan2 mat yang mengguris perasaan, mat mohon maaf juga, kita hanya manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesalahan.... Selamat berpuasa pada semua mat ucapan....Ok mat share satu masakan yang sesuai untuk bersahur..

P1300237
Resipi daging goreng ala pattaya ni sesuai, sebab ianya sedap dan boleh membangkitkan selera. Nampak memasaknya macam leceh kan, tapi anda boleh masak awal dan panaskan bila masa bersahur. Resipi asal dari Chef Wan. Mana individu yang tak boleh makan daging lembu, apa kata cuba ganti dengan daging ayam. Ok, mat pun tak larat dah nak bebel2 lagi, jadi mat tulis lah resipi dia...Oh yea ini salah satu yang mat hidangkan masa Sunah datang siang tadi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang, hiris nipis, lebar2, cuci dan toskan
1/2 cawan hirisan rebung jeruk (optional, tapi mat letak)
1/3 biji red capsicum, didadu
1/3 biji green capsicum, didadu
1/3 biji yellow capsicum, didadu
1 genggam daun selasih (sweet thai basil)
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili thai
1/2 camca teh gula
Sos ikan secukup rasa
1 camca teh tepung jagung + 2 camca besar air = kacau rata
2 biji cili merah*
8 biji cili padi*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah cili sos thai dan sos tiram, kacau rata. Masukkan daging, kacau dan masak hingga daging kecut. Tuang sedikit air dan dan biar daging lembut.
  2. Masukkan rebung, semua jenis capsicum dan bawang besar, gaul rata masak sekejap. Tambah sos ikan gaul, masukkan bancuhan tepung jagung. Masak hingga pekat. Akhir sekali tambah daun selasih, gaul rata. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...

17 comments:

JIJI YU said...

ehehe..biase bersahur dgn roti je..

Sunah Sakura said...

saya sukaaaaaaaaaa yang iniiiiiiiiiii~~~~~~

Monster Siti said...

pakcik mat gebu, maghrib tadi dah masuk ramadhan laa. hehe kalau ikot bulan Islam, time maghrib je dah masuk esok hari. hikhik lauk ni sedap, boleh try nanti :))

Hariz said...

Salam Ramadhan abang mat. Err. Bakal melet0p lagi bl0g abang mat sempena bulan puasa dan syawal nanti. Hehe.

Kalamhati said...

Huwaaa pos sini la sikit che maaaattt...

mas saari said...

Selamat Berpuasa Chef Mat!

tak sabar nak cuba resepi2 yang best2 kat blog ni utk menu buka puasa nanti! heheheheheeee

Areef Ibn Naim said...

salam,

nak tumpang sahur rmh cik mat leh tak? hehehe...

salam ramadan al-mubaraq tuk cik mat sefamily :)

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum CMG..
Selamat berpuasa.. silap n salah harap d maafkan yer..

ahsfantasy24 said...

╲╭━━━━╮╲╲╭━━━━━━━━╮
╲┃╭╮╭╮┃╲╲┃Selamat menyambut
┗┫┏━━┓┣┛╲╰┳Ramadan ♥
╲┃╰━━╯┃━━━╯╰━━━━━━ ╯
╲╰┳━━┳╯╲╲╲╲╲╲╲╲╲
╲╲┛╲╲┗╲╲╲╲╲╲╲╲╲..


Jom Lawat Teratak Buruk Saya:
1. Statstik pekerjaan yang paling dipercayai di Malaysia!
2. Malaysia nak guna duit syiling baru ala-ala euro coin!
3. Geng pencinta yang tak mampu lupa kekasih lama!

atie @ ejay said...

selamat berpuasa pakcik Mat:)

cplud miera said...

Salam Ramadhan buat cik mate gebu sekeluarga dari cplud miera ;)

azila said...

boleh gak try ni en.mat..hehhehe..selamat berpuasa utk en mat dan keluarga.ampon maaf dr kami berdua:)

Fiza Nordin said...

as salam cmg... selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa ye...

Me said...

Salam ramadan cik mat...

Lama dah follow blog cik mat ni.. Suka sgt dengan resipi2 simple tapi meletop cik mat...

Sejak2 berbadan 2 ni, sye alah dengan bau bawang merah, bawang besar dan yg sewaktu dgnnya.. Agak2 cik mat buleh x berkongsi idea masakan yg x pakai bawang2 tu utk bersahur.. Fening jugak kepala den memikir nak masak apa utk sahur ni...

Iffah Afeefah said...

y ni paling sedap..skong sunah

err patutla peda pcm

Isteri Encek Bard said...

Selamat berpuasa CMG.. minta maaf yer jika ada tersalah kata dari IEB

Izan said...

Nak try jugak nie.. utk resepi malam ini... bukan bersahur .. tapi berbuka...;)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.