BEN ASHAARI

Thursday, July 14, 2011

PASSION FRUIT YOGURT POUNDCAKE...

P1290841
Cakkk!!!...haha, salam semua, tadi mula2 entri sihat, kurang kolestrol segala kan, ok ni kali resipi kaya raya mewah dan bergherta gamaknya...mana tak, dari segi lemak, kolestrol semua dia ada, kalau rasa pun tak yah kata lah, memang milik dia juga. Mat mula tak terniat nak buat kek ni, tapi tu hari, anak dara mat ada beli passion fruit atau buah markisa, jadi mat tergerak nak mencuba. Jadi tadi dengan rajin serta gigihnya walaupun tekak aku sakit, mat gebu membuat dan hasilnyaa....waaaaaaaaaaaa..terpengsann's..sedap ok, tapi had makan, hanya 1 keping (tu pun dah terbedal 2 keping..huhu..)

P1290847
Kalau anda perhatikan ada biji2 hitam kat kek tu kan, kalau anda buat mat syorkan, biji tak tak payah letak, bukan boleh makan pun, nak makan kang satu keje pulak membuannya. Mat letak cuma nak bagi nampak lawa saja. Resipi ni mat dapat dari satu blog berbangsa cina di sini, jadi mat try, dan hasilnya memuaskan sangat, cuma mat kurangkan gula. Kek ni kan bila masak dia akan turun sedikit tapi masih gebu dan teksture dia lembut dan gebu. Rasanya ada sedikit masam, tapi harum.....


Haaa, macam ni lah rupa buah passion fruit atau markisa dalam bahasa melayunya. Dalam dia macam tu lah, mat korek isi dia dengan sudu (yang ada pulp tuu) dan letak dalam tapis, tekan2 bagi keluar jus dia.. Ok kita semak resipi dia pulak...Jommmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
110 gram mentega
160 gram gula kastor (mat letak 140 gram)
150 gram tepung gandum*
1 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred A
120 gram plain yogurt
4 camca besar jus markisa (dari 3 biji buah markisa, ambik isi nya, letak dalam tapis dan tekan utk mendapatkan jusnya)
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 8 inci x 3.5 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula kastor hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga gebu. Perlahankan kelajuan dan masukkan yogurt sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan jus buah markisa tadi, hingga habis, putar hingga semua sebati dan terus matikan mixer, jangan terlebih putar.
  4. Tuang dalam tin dan bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak, uji dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluarnya bersih tanda kek anda telah masak. Biar kan seketika dalam tin sebelum dikeluarkan. Sejukkan atas redai sebelum dipotong.

14 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

buah itu ganjil sekali....

nuwairani ismail said...

yg saya tahu buah ini sangat wangi! kalau dimakan mcm tu je agak masam...mesti sedap dibuat kek + yogurt ni.

inahar ali said...

fuiyoooooo...ni bukan tahap pengsaaannn lagik tp tahap dewa 'maut' dah nih..huhuuuu!! larriiiiiiiiiikkkk!!!
ooppss lupa nk tanya mat..buah markisa ni sama ke ngan buah susu ek? dulu zaman kecik2 dulu akak selalu mkn buah susu..ada pokok kt belakang umah akak kt tmn nong chik JB..rupa lbhkrg sama tp x ingat sgt dh!

JIJI YU said...

ade ghupe delima je

Niena Pengembara Ilahi said...

masa dok asrama dlu JL ada tanam buah ni, mcm pokok renek..kami slalu curi :D

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

baunya sedap...saya suka bau buah markisa.CMG...klu sejam 2 nak jek saya serbu umah awak...terliur tgk kek tu

Mas said...

hmm..nampak macam buah delima kan..
selalunya mas minum jus markisa jerk..
kek tu...mengancammm la...

Sunah Sakura said...

oh gebusssnyaaa~

ShashaCatering said...

Ok ok la tu Cik Mat, takder la kaya sangat tu. Bagus juga sebab ada yoghurt & telor, sumber protin yang tinggi... ;)

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

salam che mat.Kak ros singgah ni.Sedapnya nampak kek ni.Lebih menyelerakan degan adanya kopi kak blakang tu.

Sis-Lin said...

Lain dr yg lain laaaa....:)

Lysha said...

Dear CMG..you r driving me crazy with all these cakes...fasting today will be FUBAR...but thank you..have a fun day today...

fazkinchi said...

passion fruit ni wangi..sangat2 wangi..kek ni mesti bau die best..makan panas2 mesti lagi best..nyum3

iylia said...

sy dh try buat kek ni.sedap sgt :)

http://stormz-iylia.blogspot.com/2012/04/resepi-hari-ini-passion-fruit-yogurt.html

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.