BEN ASHAARI

Friday, July 8, 2011

MUDAH, CEPAT DAN SEDAP....

P1290736
Kata dahhh...nyesalkan....Paling mudah, dan senang, yang ni kan, semua orang pandai masak, mat saja letak. Kadang2 kalau kita masak nampak biasa2, kalau dalam gambar nampak macam tak berapa nak biasa sangat kan walapun cuma saya cincai je..Begitulah besarnya "kuasa" gambar dalam satu2 blog masakan, sebab ianya ibarat dari mata turun ke hati. Selain resipi. Sebab pada mat mana blog masak2 sekalipun wajib letak gambar masakan, baru dinamakan blog masak2, kalau bercerita je dah blog cerita-ceriti. Blog personal pun ada tu depa letak gambar juga kan sebagai penyeri. Kalau nak tengok antara geng masak2 yang gambar dia punya lah menarik, masya Allah...anda boleh ke sini....sini...sini..dan sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 pokok sawi bok choy
1/3 cawan isi udang (ikut budget)
1 biji cili merah, hiris
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, dititik
Garam dan secubit gula (@serbuk perasa)
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sawi bok choy, diasingkan pelepah dan daunnya, siang berasingan cuci dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan cili merah hiris hingga layu.
  2. Tambah sedikit garam, masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna. Tambah pelepah sawi (toskan), tuang sedikit air, dan masak hingga empuk. Tambah daun dan kacau rata. Gunakan api besar.
  3. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam dan secubit gula. Masak sekejap dan matikan api, boleh hidangkan segera bersama nasi hangat...

4 comments:

JIJI YU said...

yg ni le yang paling sonang..eheh..tapi bes dan berkhasiat

Mat Gebu said...

@ jiji - oh..my son in law..menantu abah...hahahhaa..pengsannn's >_<

Deliah's Deli said...

salam kenal. terkejut tgk ada VIP visitor dtg ke 'dapur' saya! :) thanks for coming by.

Mat Gebu said...

@ deliah - hahahahha..pelesss.saya ni mana VIP.Adehh, kita ada lah sama berada dalam aliran blog masak2...salam kenal yeaa..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.