BEN ASHAARI

Tuesday, July 19, 2011

MI TOM YAM LEMAK....SANTAPAN PETANG.

P1290958
Salam untuk semua. Ini lah akibatnya kalau buat kerja sambil lewa, tak bagi komitmen, bersenggang2 walaupun sepatutnya entri untuk jam 5 petang dan akhirnya malam jua baru bersiaran. Petang tadi saja2 lah mengemas peti sejuk dan mengumpulkan segala maknikam harta benda dalam tu, ada yang boleh guna, ada yang kena lesirr..huhu. Yang boleh guna tu mat buat lah apa yang patut. Mi tom yam lemak ni simple saja nak buat, mat guna pes tomyam jenama LIFE, kalau anda nak guna jenama lain pun ok, takde masalah, cuma rasa dia mungkin agak berbeza. Kalau nak guna yang kiub tu pun ok, takde hal punya. Mat guna susu sejat IDEAL sebagai ganti santan. Tapi bagi yang tak gemar boleh guna santan. Ok mari kita semak resipi mudah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Mi kuning secukupnya, cuci dan celur sekejap, toskan
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 batang serai, diketuk
1 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar, cuci dengan akar2nya sekali
1 1/2 camca besar pes tomyam jenama LIFE
1 kiub ayam Maggi
6 ekor udang saiz besar, dibersihkan cuci dan tos
200 gram hirisan daging batang pinang, cuci dan toskan
3 kelopak kobis daun, kerat
8 batang sweet peas, kerat 2 setiap satu
10 biji cili padi merah thai, dibelah dua
1 biji tomato belah 6
Air secukupnya
5- 6 camca besar susu sejat IDEAL (atau pati santan)
2 camca besar sos ikan
1 biji limau nipis, perah jusnya
Garam (jika perlu) dan sedikit gula
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Belahan limau nipis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga harum. Masukkan pes tomyam, kacau rata dan masukkan daging, masak hingga daging kecut dan tuang air secukupnya. Masukkan daun limau purut, kiub ayam, cili padi dan pokok ketumbar. Biar mereneh hingga daging empuk.
  2. Masukkan udang, sos ikan, kobis daun, sweet peas dan tomato dan juga jus limau nipis. Kaau rata dan bila mendidih, masukkan secubit gula. Rasa dan jika perlu tambah garam secukupnya. Akhir sekali masukkan susu sejat atau santan.. Biar mendidih sekejap dengan api perlahan. Matikan api.
  3. Masukkan mi dalam mangkuk sesuai, cedok tomyam tadi bersama2 isinya sekali dan tuang atas mi tadi secukupnya. Tabur hirisan daun bawang, dan hidangkan bersama belahan limau nipis, jika suka.. Hidangkan panas..


9 comments:

Nur said...

tak pernah mkn lagi mi tomyam mcm ni. tentu sedap, terima kasih CMG bg idea masak mi ni.

Niena Pengembara Ilahi said...

wahhh... tomyam lemak pn ada ..? erm.. org kata tom yam ni maksudnya "masak rebus"

buNga cHenTaKu said...

senang je bahan2 dye...ley wat nie...mat dulu sy ni malas sgt masak...tp bile tgk je hidangan mat nie...makin rajin masak...sbb terliur....mekasih atas resepi yg dikongsikan tu...=)

Aishah @ Ariffin @ Aqil said...

ade masa kena try nih...cam mudah je...

CT Delima said...

AS'salam Mat

Malam2 kena cucui mata jerlah kalau datang sini, sebab nak makan perut dah kenyang..hihihi


Mat, kalau free2 nanti meh datang Dapur CT amik Award Stylish Blogger ya mat. Selamat malam Mat :D

Iffah Afeefah said...

thanz papa atas entry ni

terbaik

kne try ni

azila said...

erm...masuk list bulan puasa nih.heheh.sbb nak kurangkan mkn nasi bln puasa ni en.mat....heheh.motip???

Isteri Encek Bard said...

tadi nak makan mee tpmyam kat cafe, tapi terbantut lak bila nampak nasik amebng

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Wow, nampak sedap betul. Macam masakan mak saya.


Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.