BEN ASHAARI

Wednesday, July 20, 2011

MAK GUA MASAK....APA KES GAMBAR MAMAT TU?

P1290988
Kan kata dahh, mat gebu tak masak..serius!!..Hari ni lemau sangat, masak pun bonda yang buat, mat masak nasi jee. Tapi kan bila bonda masak, walaupun simple dan very typical kampung nya lauk, kira ala2 bekal poey motong gotah, rasa dia sungguh berbeza. Makan ni dengan nasi hangat yang dimasak sedikit lembut, pun sudah memadai. Lepas tu satu lagi, abah mat dia ni ringkas menu, tapi kan agak cerewet, kalau nak tau abah sorang saja yang makan nasi guna sudu dan garfu sejak duluuuu lagi, tak kira masa, bila sesekali dia makan guna tangan, ya Allah, janggal sungguh nampak gayanya..apa2 pun ikut keselesaan lah kan...kita hidup ni tak de paksaan, yang mana elok kita guna, yang tak elok kita jadikan ikhtibar...Eh ada satu cerita lagi, cer tengok bawah ni.....

Uikk...ni mana punya mamat pulak sesat dalam DTS, pose ala2 model...tapi kan memang betullah model. Sebenarnya kan mat tatau lah nak cerita macam mana, apa yang pasti jika anda nak tau apa kesah budak berbaju hitam, sila baca di sini....kira ini berita hangat untuk blogger2. Jangan lupa pi tengok, bagilah sokongan moral sikit pada teman kita.. Ok masa untuk resipi pulak....Model, nkoo dah boleh balik ke tempat asal yeaaa...terima kasih.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan terung pipit@terung rimbang
1 genggam ikan bilis tamban, buang sisik dan tulang, rendam
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
6 biji cili hijau, hiris
1 inci belacan, dihancurkan dalam sedikit air
1 kiub ikan bilis "maggi"
1/3 cawan jus asam jawa
Garam secukup rasa
Secubit serbuk perasa
Secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu, masukkan belacan, kiub ikan bilis, ikan tamban dan juga terung pipit tadi. Kacau rata. Masak sekejap dan tuang jus asam jawa, tambah sedikit lagi air dan renih kan hingga terung lembut.
  2. Tambah garam secukup rasa, sedikit serbuk perasa dan secubit gula. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman..

16 comments:

H.J said...

masyuk betuk masakan tu..siap bersinar lg..

Tentang Kita said...

terung pipit? x penah masak pun sebelum nie..nnt boleh try

Sunah Sakura said...

eh, macam bapak saya lah...makan guna sudu...

Sis-Lin said...

sedapppp tu...aku suka...goreng ikan bilis rangup2 tabur atas dia..sedappppppppp

JIJI YU said...

buoh gapo tu papa

Aku Ibu Muda said...

FIL saya pun sampai ke tua ni makan guna sudu garfu...tak kira kat mana...g kenduri rumh orang pun dia akan mtak sudu garfu jugak...

Isteri Encek Bard said...

biler mkn pki sudu ngan garfu rasa tak puas lak.. terung pipit dulu kekecik suka buat peluru pistol. hihii

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

dulu2 buat peluru,skrg ni nk cr pun susah CMg..mahal gak

atie said...

salam mat

kat rumah saya banyak terung pipit nie.... masak tumis cili api pun syok...

Cik Eka said...

mak ai sodapnya..
kat tempat eka panggil terong rembang..muahahaha

sedap ni..meletop2 masuk mulot..hahaha

FasiHaH SupiaN said...

mak saya selalu masak nie...orang jawa kat sini sellau masak yang simple2 goreng2 camni..makan dgn nasi hangat memang sedap...

Oh Oeya said...

Oh Oeya ni pure Jawa.. tapi kan sungguh tak penah rasa yang namanya terung pipit ni hik3.. walaupun dulu Arwah Mak penah masak terung ni..

Me said...

lega tau dah resepi guna terung bulat kecik nie.. rumah eden ada pokok terung nie.. burung tolong tanamkan.. hahahha.. buah byk tak pernah masak n makan.. akn cuba resepi nie.. TQ

azila said...

en.mat..nanti cakap kat mak yah soh bukak blog...sbb mmg akan jd pesaing DTS la.heheh

azrinna said...

Zaman saya kanak2 dulu terung pipit ni buat peluru. sekarang nk jumpa susah.

Rozita said...

CMG, sy tak suka terung pipit...hehe tapi suka terung asam.. cer cuba buat menu sambal hiris terung asam tu... gerenti terangkat.. hehe..

petua abah sy: kalau masak terung pipit ni nak bg sedap ketuk2 dulu sebelum masak.. getah2 dia dah keluar dah masa kita ketuk tu.. tak la ras pelik masa makan..cuma nak kongsi2..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.